Farm Fresh Cafe Latte : Rasa kopi sebenar khas buat penggemar tegar kopi.

Dulu, cikla memang penggemar tegar kopi. Cikla paling suka cuppocinno. Bagi cikla, cuppocinno tu kurang sikit rasa pahitnya berbanding dengan yang lain. Tapi, biasa cikla minum kopi kampung tu je. Lebih fresh, wangi dan semestinya sedap.

Korang pernah dengar tak Farm Fresh Cafe Latte? Campuran susu segar bersama dengan biji kopi arabica. Encik suami memang suka sangat minum susu latte ni. Dulu masa dia dok aktif jual susu farm fresh, memang boleh dikatakan hari-hari dia bawak balik susu latte ni.

Memula try susu ni, tekak cikla macam tak boleh terima pulak pasal pahit sangat cikla rasa. Melekat rasa pahit kat tekak lepas minum. Lama pulak nak hilang rasa tu. Haha. Tapi, lama-lama dah boleh terima dah walaupun agak pahit jugaklah bila lalu kat tekak ni.

Farm Fresh Cafe Latte : Rasa kopi sebenar khas buat penggemar tegar kopi.
Farm Fresh Cafe Latte : Rasa kopi sebenar khas buat penggemar tegar kopi. 

Farm Fresh Cafe Latte : Rasa kopi sebenar khas buat penggemar tegar kopi.
Farm Fresh Cafe Latte : Rasa kopi sebenar khas buat penggemar tegar kopi. 

Semalam encik suami beli susu latte ni dekat TESCO. Rasanya susu Farm Fresh ni dah senang nak dapat dah. Dekat mana-mana supermarket even hypermarket pun dah ada jual susu ni. Kalau dulu memang agak payah. Kena beli dengan agen dia.

Harganya kalau tak silap cikla, dalam RM7-RM8 sebotol. Tapi korang kena ingat, susu segar kalau kita tak bukak botolnya memang boleh tahan lama ikut expired date dia kat botol tu. Tapi, kalau dah bukak kena habiskan dalam masa 3 hari untuk menjamin kesegaran susu tersebut. Lagipun, susu ni kan takde pengawet. So, tempoh ketahanannya tak lama.

Farm Fresh Cafe Latte : Rasa kopi sebenar khas buat penggemar tegar kopi.
Farm Fresh Cafe Latte : Rasa kopi sebenar khas buat penggemar tegar kopi. 

Farm Fresh Cafe Latte : Rasa kopi sebenar khas buat penggemar tegar kopi.
Farm Fresh Cafe Latte : Rasa kopi sebenar khas buat penggemar tegar kopi. 

Cikla kalau minum susu latte ni malam-malam memang cerah je lah mata. Tak boleh tidur kauuu.

5 comments:

  1. Opss ๐Ÿ˜ 1st tgk, mgkin blm ada d psrn swk

    ReplyDelete
  2. nampak sedap, kalau kaella pun suka tapi kaella minum kopi tenom ๐Ÿ˜™

    ReplyDelete
  3. Kalau saya lebih suka Mocha instead of Cappuccino sebab rasa tak best bila kurang pahit tapi mana-mana kopi pun sedap

    ReplyDelete
  4. suka gak cappucino tu..tapi berasaskan kopi, ai is cannot...

    ReplyDelete
  5. Akak tak pernah nmpk lg cafe latte farm fresh ni - mgkn blm sampai ke Sabah.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews