Resepi udang masam manis padu.

Nak masak udang tapi tak tahu nak buat resepi apa? Meh try Udang Masam Manis ni! Confirm menjilat jari! Resepi ni simple je, sesuai sangat untuk beginner yang baru nak belajar masak. 

Bahan-bahan;

7 ekor udang besar (ikut suka kalau nak lebih).
2-3 sudu besar cili kering (blend).
3 ulas bawang kecil (blend).
2 ulas bawang putih (blend).
Air asam jawa – sikit je, cukup bagi rasa masam-masam gitu.
Sos cili – ikut suka.
Kicap manis – sikit untuk rasa manis lemak-lemak.
Halia – hiris nipis, untuk tumis.
Pati ayam – setengah ketul.
Garam dan gula – secukup rasa.
Daun kari dan daun bawang – sikit, untuk wangi dan warna cantik.
6 biji cili padi.
Sebiji bawang besar - hiris untuk hiasan.

Resepi udang masam manis padu.
Resepi udang masam manis padu.

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumiskan halia dulu sampai naik bau. Lepas tu, masukkan bahan-bahan yang dah blend. Tumis sampai pecah minyak. Bau dia memang padu teruk. Hihi.

2. Dah pecah minyak, masukkan udang, air asam jawa, sos cili, kicap manis, pati ayam, garam dan gula. Masak sampai kuah pekat berkilat.

3. Last sekali, masukkan bawang besar, daun kari, daun bawang dan cili padi. Kacau sekejap, tutup api.

4. Hidangkan terus dengan nasi panas. Jangan lupa hidu aroma dulu, puas hati!

Tips Extra:

- Kalau suka lebih pedas, boleh tambah cili padi atau letak cili boh masa blend tadi. Kalau nak lebih kuah, tambah sikit air masa masak.

Selamat mencuba.  

Kredit resepi dan gambar : ResepiDanPetua.

3 comments:

  1. Kalo dah udang, confirm saya habis banyak niih ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜„. Sedaaap nampak kak

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews