Mengandung di usia 40-an: Bahaya ke tak?

Bagi cikla hal ni subjektif. Ikut pendapat masing-masing. Lagipun, mengandung di usia 40-an ni bukan benda luar biasa dah sekarang. Ramai wanita decide untuk ada anak lewat sebab sibuk dengan kerja, nak stabil kewangan atau baru jumpa jodoh. Tapi, bila umur dah masuk ‘number 4’ depan tu, memang ada risiko tertentu.

Mula-mula, badan kita tak sama macam umur 20-an. Ovari dah kurang produktif, jadi peluang untuk mengandung tu memang lebih rendah. Tapi jangan risau, dengan teknologi sekarang, IVF dan rawatan kesuburan boleh bantu. Cuma, kos dia agak tinggi la.

Lagi satu, bila mengandung usia 40-an, risiko untuk komplikasi macam tekanan darah tinggi, diabetes atau kelahiran pramatang lebih tinggi. Bukan nak takutkan, tapi ni fakta. Ada juga risiko untuk baby ada masalah genetik macam down syndrome. Sebab tu doktor mesti akan galakkan buat ujian tambahan masa awal kehamilan.

Mengandung di usia 40-an: Bahaya ke tak?

Tapi, bukan semua berita buruk tau! Ramai wanita sihat-sihat je mengandung walaupun dah umur 40-an. Kuncinya ialah jaga kesihatan dari awal. Kalau plan nak mengandung, start makan makanan sihat, senaman dan jangan lupa jumpa doktor untuk check-up. Kalau badan ready, minda pun tenang, inshaAllah semuanya dipermudahkan.

So, jangan stress sangat. Kalau ada rezeki, enjoy je perjalanan tu. Bak kata orang, anak tu kan penyeri hidup, tak kisah umur berapa pun! ๐Ÿ˜Š

5 comments:

  1. Sebab Tu la SA menolak untuk pregnant walau mulut2 kat luar Tu bukan main lagi sedap mengata...umur dah 47, baru kahwin setahun lebih..asyik la kena perli padahal at this age risiko tinggi Kan..diorang muda boleh la beranak ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang memang sedap mengata tapi kita yang mengalami. kalau ada rezeki alhamdullilah, kalau takde pun enjoy je happy2 dgn pasangan kita..

      Delete
  2. Betul tu.. Yang penting kesihatan tu.. Insya-Allah... Semuanya baik2 je

    ReplyDelete
  3. Teman saya pun ada beberapa yg hamil di usia 40++ . So far Alhamdulillah aman. Tp memang dia konsultasi ke obgyn jadi lebih sering. Juga tes segala macam. Tp dengan kecanggihan teknologi skr, tak banyak lagi terlalu kuatir. ☺️ Yg penting memang jaga asupan gizi dan kesehatan di usia yg sudah tak muda .

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews