Perbezaan antara anxiety dan panic attack – Kenali tanda-tandanya supaya tak tersilap!

Kadang-kadang kita confuse antara anxiety (kebimbangan) dan panic attack (serangan panik). Memang nampak serupa, tetapi sebenarnya berbeza. Anxiety ni macam kebimbangan yang 'melarat' – ia berlarutan, kadang-kadang selama beberapa hari atau minggu. Panic attack pula lebih kepada serangan tiba-tiba yang datang tanpa amaran dan sangat intensif. Jom kita kenal dengan lebih jelas perbezaan antara kedua-duanya!

Perbezaan antara anxiety dan panic attack – Kenali tanda-tandanya supaya tak tersilap!



Apa Itu Anxiety?

Anxiety ni macam perasaan risau yang berterusan. Bayangkan ada projek besar di tempat kerja atau risaukan kesihatan, kewangan atau apa-apa yang merunsingkan. Kebimbangan jenis ni boleh buat kita rasa tegang, susah nak fokus dan susah tidur. Kadang-kadang, kita akan alami gejala fizikal yang ringan macam degupan jantung yang cepat, berpeluh sikit atau rasa otot tegang. 

Tapi anxiety ni lebih kepada pemikiran yang 'bermain' dalam kepala kita secara berulang-ulang. Kita sedar dengan perasaan tu dan biasanya boleh agak kenapa kita rasa macam tu.

Bagaimana pulak dengan Panic Attack?

Panic attack ni lain ceritanya. Ia datang secara tiba-tiba dan intensif, biasanya berlangsung dalam tempoh 5 hingga 30 minit dan mencapai puncak pada 10 minit pertama. Bayangkan satu gelombang ketakutan yang ekstrem dan tiba-tiba dengan gejala yang sangat kuat , contohnya degupan jantung laju gila, susah nak bernafas, rasa tercekik, pening, loya, dada rasa sempit atau sakit. 

Dalam keadaan ni, kadang-kadang kita rasa macam nak pengsan atau rasa macam akan ‘terputus nyawa’ walaupun takde sebab yang jelas pun atau situasi mencemaskan. Rasa macam hilang kawalan dan boleh buat kita takut ada masalah kesihatan yang teruk, contohnya serangan jantung.

Ringkasannya? Anxiety ni kebimbangan yang datang perlahan dan bertahan lama, macam latar belakang yang mengganggu hari-hari kita. Panic attack pula macam ‘ledakan ketakutan’ yang muncul tiba-tiba dan sekejap tetapi cukup membuatkan kita panik. Dengan kenal pasti perbezaan ini, kita boleh lebih peka dengan keadaan diri dan mungkin boleh cari cara yang betul untuk tangani kedua-duanya.

Moga bermanfaat!

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews