Kisah hari ke-29 puasa : Kemas baju nak balik raya!

By Cikla Shahril - July 04, 2016

Salam 29 Ramadan. Allahu. Ramadan dah nak sampai ke penghujungnya. Berapa banyak amalan yang sempat kita buat? Semoga semua amalan dan kebaikan yang lakukan itu diterima oehNya. InshaAllah.

Cikla percaya, setiap kali nak balik kampung tak kiralah raya atau cuti sekolah, perkara yang paling 'memalaskan' adalah packing. Betul tak?  

Macam cikla, anak dah 3, ibu ayahlah lagi. Memang kompom berbeg beg. Anak anak cikla ni, cikla suka bawak baju lebih sebab budak budak, pepaham ajelah.

Nanti kalau dah main mesti kotor punyalah. Pastu tukar baju lain. Kalau ayah dengan ibunya kurang sikit. Lagipun memang ada tinggal sikit baju kat umah mak. So, takyah nak angkut banyák banyam. Huhu.

Korang macam mana? Masih lagi packing ke, dah on the way ke kampung ke atau dah ada kat kampung pun? Walau dimana korang berada, take care dan drive carefully okey. Have a safety journey

Biar lambat asal selamat.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Setuju dengan cik La , packing la part paling malas sekali . Di kesempatan nie , nadia nak susun sepuluh jari jika ada terkasar di mana-mana , terguris hati cik La ... Tersalah komen . Mohon ampun ye cik La . Salam Syawal. Salam 0-0 . Insyaallah kita jumpa lagi diruangan blog nie selepas raya . =)

    ReplyDelete