Mengapa lemak terkumpul di perut?

By Cikla Shahril - July 25, 2016

"Baru makan sikit, perut dah buncit. Buncit kenyang ke, buncit lemak ni? Aduhh. Macam mana ni." Ada orang mengalami masalah macam kat atas tu kan? Betul tak? Macam-macam cara kita dah cuba sebab nak hilangkan "kebuncitan" ni, tapi tak berjaya jugak. Bersenam, jaga makan malah berdiet pun dah buat. Tapi, perut still macam ni jugak.

Masalah buncit ni sebenarnya kita perlu atasi, bukan disebabkan kita nak jaga penampilan diri kita tapi yang paling penting adalah dari aspek kesihatan diri sebenarnya tau. Kalau korang nak tau, lemak berkebihan terutamanya lemak visceral ni boleh jadi petanda kepada penyakit jantung, diabetes tahap dua dan yang paling ditakuti adalah kanser. 

Korang nak tau tak, kenapa lemak ni suka sangat berkampung kat perut kita ni haa, lepas cik lemak ni dah 'beranak pinak' kata orang susah pulak nak menyingkirkannya. Pening pening. Dah dah, jom baca apa sebabnya;

Bila usia semakin meningkat, badan kita akan mengubah cara sama ada menambah atau mengurangkan berat. So, tak kiralah sama ada lelaki atau perempuan akan alami kadar penurunan metabolisme. Kalau seseorang perempuan tu berat badannya bertambah selepas menapous, kebanyakannya akan 'terlihat' pada bahagian perut.

Mengapa lemak terkumpul di perut?
Mengapa lemak terkumpul di perut? Kredit Google. 

Melakukan senaman yang salah juga menjadi penyebab berlakunya keadaan ni. Kalau kita bersenam dengan dengan berlari dengan kerap memang baik untuk jantung tapi ia sebenarnya tak cukup untuk pinggang. Apa kata korang gabungkan senaman latihan berat dengan senaman kardiovaskular. Ini akan meningkatkan jisim otot korang, so badan akan bakar lebih lemak. Melakukan senaman yang kurang mencabar jugak tak mampu membakar kalori dengan cepat.  Lemak degil susah nak dihapuskan.

Suka dan terlalu banyak makan makanan yang diproses termasuk minuman manis akan meningkatkan keradangan dalam badan. Kalau kita makan terlalu banyak makanan yang diproses, ia akan menghalang kebolehan untuk kurangkan lemak di kawasan itu. Apa kata korang beralih kepada makanan semulajadi seperti buahan dan sayuran serta bijirin, sebab ia mampu cegah lemak di perut. Bukan tak boleh makan makanan diproses, tapi agak-agaklah kan. Hadkan sikit demi kesihatan kita.

Kalau kita stress sangat pun susah nak turunkan berat badan. Aik, kenapa pulak ye. Orang cakap kalau kita tensen stress, tertekan senang je nak kurus, slim gitu. Tapi lain pulak. Nak tau sebab apa? Sebabnya, hormon kortisol yang ada pada orang yang stress boleh menyebabkan lemak meningkat dalam badan. Melekat dan sel-sel lemak akan membesar. Lagipun, kalau hormon kortisol tinggi, ia boleh dikaitkan dengan lemak viseral yang banyak. Memang susahlah kan.

Ada satu kajian dijalankan ke atas hampir 70 ribu wanita yang tidur 5 jam atau kurang pada setiap malam akan mudah bertambah berat badannya. So, jangan kurang tidur ye. Pastikan tidur tu mencukupi. Marilah kita berganding tenaga me'nyah'kan lemak degil ni. Jangan biarkan mereka "membiak" dan bermaharajalela di perut kita. Yuk.

Sumber : Ruangan Kelab Diet.

  • Share:

You Might Also Like

7 Comments

  1. Huhu. Siqah lah tu 😢😢

    ReplyDelete
  2. selalu buat push up dengan pumping je taknak bagi perut buncit tapi sekarang dah malas mula la bersepah lemak. Anyway, salam perkenalan akak :)

    ReplyDelete
  3. Kaknoor pun tingin jugak nk nyahkan lemak bedebah ni cikla jom berganding tenaga yukk

    ReplyDelete
  4. Tgh dalam proses menyahkan lemak2 yg terkumpul kat perut time raya ni..tiap hari situp haha T.T..

    ReplyDelete
  5. Kne keazaman yg tggi nk buat. Byase kte mula2 je bersggh pas tu kelauttt..haha

    ReplyDelete
  6. Terimakasih bunda tipsnya sangat bermanfaat, update barunya di tunggu ya bund

    ReplyDelete
  7. terima kasih sudah berbagi, salam kenal cikgu.

    ReplyDelete