Jom kenal karakter melalui bulan kelahiran mereka.

By Cikla Shahril - July 31, 2016

Orang cakap sikap lelaki ni memang susah nak agak. Tapi, tak susah kot nak kenal atau selami perangai mereka ni kalau perempuan itu dapat memahami personaliti mereka. Apa kata kita tengok apakah karakter mereka melalui bulan kelahiran.

Walaupun ni hanya ramalan, tapi tak salah kot kita jadikan sebagai rujukan. Nak percaya sangat pun tak boleh jugak, tapi orang cakap kalau dah tersama tu mungkin kebetulan. Semuanya Allah yang tentukan sebab Dia Maha Mengetahui. Jom baca sampai habis.

Jom kenal karakter melalui bulan kelahiran mereka.
Gambar hiasan. Kredit Google.

Januari;
.  Mudah jatuh cinta tapi tak mudah melupakan cintanya selepas dikhianati. Kiranya seorang yang setia giler lah ni. 
.  Romantis walaupun kadang kadang macam susah nak luahkan rasa cinta pada pasangannya. 
. Pemalu dan mudah cemburu jugak. *sikap ni boleh menyebabkan hubungan dengan pasangan mereka selalu tak kekal lama.

Februari;
.  Berfikiran abstrak dan cerdas. 
. Sering moody, panas baran dan terlampau sensitif. 
.  Mempunyai sikap berani yang tinggi, tapi keras kepala. 
. Tak suka hal yang remeh temeh sebab dia menganggap ia tak penting. 
.  Mempunyai tekad yang kuat, dan keinginan yang tinggi. 

Mac;
. Ada aura yang menarik simpati perempuan. 
. Seorang yang pemalu, cemburu, dan sangat bergantung pada pasangan mereka.

April;
. Seorang yang susah membuka pintu hatinya untuk orang lain selepas dilukai
. Seorang yang romantik dan sangat setia dengan pasangan. 

Mei;
.  Seorang yang sangat menghargai kejujuran. 
.  mudah jatuh cinta. 
. Seorang yang menyenangkan tapi agak mengongkong. 

Jun;
. Seorang yang sangat memilih.
. Mempunyai selera yang sangat tinggi, terutama dalam memilih barangan berjenama.
. Jujur, tapi agak sensitif.
. Mudah memaafkan dan merupakan seorang pendengar yang baik.

Julai;
. Seorang yang jujur, tapi sensitif.
. Senang memaafkan.
. Seorang pendengar yang baik.

Ogos;
. Bersikap seorang pemimpin sebab selalu menonjolkan diri di depan orang.
.  Berjiwa kasih dan penyayang.
.  Seorang yang romantis.

September;
. Pandai memujuk dan berkompromi.
. Sangat tegas, pintar bercakap tapi agak pendiam.
. Suka sembunyikan perasaannya sebab mereka jarang nak tunjuk emosinya di depan orang lain.
. Seorang pemikir dan mempunyai daya ingatan yang baik.

Oktober;
. Bijak dalam berkomunikasi.
. Seorang yang mempunyai tutur kata yang halus sebab suka bermadah pujangga.
. Tak suka cakap putar belit.
. Tak suka berbohong dan berpura pura.

November;
. Seorang yang berfikiran jauh, dan memiliki idea yang luar biasa.
. Mempunyai pemikiran yang tajam dan sikap ingin tahu.
. Berpendirian kuat, tapi seorang pendendam.
. Susah nak marah, kecuali kalau terpaksa marah.

Disember;
. Seorang yang setia dan pemurah.
. Bersikap kurang sabar dan terburu buru.
. Mudah jatuh cinta dan selalu tergesa gesa dalam perhubungan.
. Terlalu bergantung dengan pasangan.

Bagi cikla, tak salah kot kalau kita nak tau karakter seseorang lelaki itu sebelu kita nak menjalinkan hubungan yang lebih serius. 

Walaupun kita tak tau kesahihannya tapi apa salahnya ia dijadikan panduan. Manalah tau ada yang sama pulak. Kalau yang baik, oklah tu tapi kalau sebaliknya kan dah haru biru jadinya. Betul tak?

Sumber : Ruangan Dunia Lelaki.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. :D :D ada betulnye juga tu.. bulan jun..

    ReplyDelete
  2. Ada juga betulnya tu.. Hehe..

    ReplyDelete
  3. tga membayangkan persamaan info ni dgn org2 yg saye kenal. hihi

    ReplyDelete
  4. hehe.. Ada yg tepat ada juga yang tidak.. hehe gut sharing cikla...

    ReplyDelete
  5. I and my family are very helpful with the info from you. May we all succeed the Hereafter.

    Cara Cepat Mengecilkan Perut Buncit

    Obat Benjolab Di Vagina

    Obat Oles Tahan Lama

    Sehat Itu Barokah

    ReplyDelete