Sistem baru rebat kad prabayar.

By Cikla Shahril - October 30, 2015

Mulai 1 Januari tahun depan, semua rebat kad prabayar akan dikreditkan secara automatik kepada pemilik akaun warga Malaysia, tapi bukan untuk warga asing. Ia merupakan sistem baru rebat kad prabayar.

Melalui sistem itu, pengguna akan mendapat semula rebat yang sama dengan jumlah GST dalam bentuk masa berbual secara automatik. 

Sistem ini juga akan membezakan pemilik warga Malaysia dan warga asing berdasarkan maklumat dan nombor telefon yang dah didaftarkan dengan syarikat telco dan SKMM.

Contohnya, kalau pengguna (warganegara) membeli kad prabayar RM10, mereka akan dapat nilai panggilan pada harga RM10. Kalau sebelum ni mereka membayar pada harga RM10.60 tapi mereka hanya dapat RM10 aje. 

Kalau untuk warga asing, kalau mereka beli kad prabayar RM10, mereka hanya dapat RM9.40 sebab dikenakan GST sebanyak 60 sen.

Pada cikla, syukurlah kerana kerajaan masih lagi prihatin dengan rakyat. Rentetan macam-macam yang naik di kala ini, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan sedikit beban rakyat. 

Zaman sekarang ni semua orang guna hp, so nak tak nak mereka memang kena beli kad prabayar untuk kegunaan seharian.

Sumber : KOSMO!

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Oh macam tu rupanya, faham dah :-)

    ReplyDelete
  2. Confuse rasanya bila diorang buat camnie Cikla oi.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheee... jgn confuse2 cik shahida oiii... hehe...

      Delete
  3. wahh cam ne diorg boleh kesan ye.. ikut nombor yang didaftar ye..bagus lah cam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan setiap no hp akan didaftarkan. Maybe dari situ diaorang boleh trace kalau ada apa2.

      Delete