Advertisement

Masak tumis betik muda remaja.

MASAK TUMIS BETIK MUDA REMAJA. Amboi, nama resepi kemain lagi. Yang belakang tu cikla saja tambah sendiri. Hehe. Sebelum tu nak tanya, korang pernah tak makan menu ni. Selain dari masak ni, betik jugak sesuai dimasak rebus je. Macam masak bening la kata orang jawa. Resepi ni cikla dapat dari biras cikla. Oklah, kita terus ke bahan-bahannya dulu. 

Masak tumis betik muda remaja.

Bahan-bahan :
1 biji betik sederhana besar.
1 biji bawang merah (dihiris).
1-2 ulas bawang putih (dihiris).
1 sudu cili giling. Lagi bagus cili kering ditumbuk. Kepedasan ikut suka. Nak pedas lebihkan cili kering.
Sedikit ikan bilis/udang kering (ditumbuk).
Sedikit belacan (optional).
Santan pekat.
Minyak untuk menumis.
Garam, gula dan perasa.

Sekarang caranya pulak;

Kupas betik dan bersihkan. Kemudian, sagat betik, jangan halus sangat. Dah siap ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan dihiris sampai kekuningan. Lepas tu, masukkan ikan bilis/udang kering dan belacan, biar sampai garing. Then, masukkan cili kemudian masak sampai cili garing. Lepas tu masukkan betik tadi dan santan pekat. Kalau pekat sangat, masukkan sedikit air. Biarkan sekejap, dan masukkan garam, gula dan perasa. Gaul sebati dan biarkan sampai masak. Jangan masak lama sangat sebab nanti betik jadi lembik sangat tak sedap. Dah siap, inilah hasilnya.

Masak tumis betik muda remaja...
Masak tumis betik muda.

  Selamat mencuba!

Post a Comment

5 Comments

  1. Woww satu resepi yg sgt rare...belum pernah rasa betik muda buat masak mcm ni ye...sure sedap ni makan bertambah...tq kongsi resepi

    ReplyDelete
  2. Wah macam sedap aje tuuu hihi boleh try lepas nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah.... mmg sedap. Ratah gitu je... nyummm...

      Delete
  3. WOW just what I was searching for. Came here by searching for kopi

    ReplyDelete