Jerebu? Apa tindakan kita...

Isu jerebu bukanlah  isu lama. Rasanya saban tahun, Malaysia pasti tak kan terlepas dari mengalaminya. Keadaan ini pastinya akan mengundang berbagai-bagai masalah terutama kepada orang yang mengalami masalah berkaitan pernafasan (contohnya, asma).

Baru-baru ni, dibangkitkan pula isu yang mana bacaan IPU tak menggambarkan keadaan sebenar di sesuatu kawasan tu. Ermmm, betul jugak. Macam kat tempat cikla ni, banting. Bila waktu pagi memang jerebunya kuat sangat. Tapi, bacaannya, rendah pulak. Hairan jugak.

Dikatakan jerebu ni berpunca dari perbuatan manusia tu sendiri menerusi pembakaran biojisim secara terbuka, di samping faktor industri dan asap kenderaan bermotor. Sebenarnya,  pengiraan IPU adalah berdasarkan kepada 5 jenis bahan pencemar udara iaitu sulfur dioksida (SO2), habuk halus diameter kurang dari 10 mikrometer, ozon di permukaan bumi (O3), nitrogen dioksida (NO2) dan karbon monoksida (CO).

Jerebu? Apa tindakan kita...
Jerebu? Apa tindakan kita... Kredit Google. 

Semua bahan pencemar ini akan memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan manusia. Untuk info lanjut klik SINI untuk semak sendiri nilai IPU. Amboi kau, semua formula kimia keluar ni, hihi. Cikla takde lah pandai sangat pasal hal ni, tapi sekadar ingin berkongsi info. Bukan apa, sekurang-kurangnya kita tau serba sedikit pasal IPU dan macam mana ia dinilai.

Penjagaan diri semasa jerebu adalah sangat penting lebih-lebih lagi bagi orang yang memang mengalami masalah berkaitan pernafasan seperti asma, batuk, selsema, sakit mata dan jangkitan paru-paru kronik.

Semasa jerebu, seeloknya kita kurangkan aktiviti di luar rumah, dan sekiranya memang memerlukan kita berada diluar rumah, jangan lupa guna mask. Lagipun, cikla tengok ada sesetengah orang malas dan tak menggunakan mask semasa mereka berasa di luar rumah. Bahaya tau, lebih-lebih lagi kalau keadaan jerebu yang teruk.

Selain itu, pastikan udara dalam rumah sentiasa bersih, dan kalau boleh elakkan dari merokok di dalam rumah sebab asap rokok juga merupakan salah satu punca pencemaran. Di samping itu, kalau kita memandu, bukalah aircond dan pilih jenis operasi kitaran udara dalam.

Jangan lupa minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan basuh tangan serta muka dengan sabun dan air bersih selepas kita melakukan aktiviti luar rumah. Kalau kita mengalami masalah pernafasan lagi-lagi mereka yang memang ada masalah berkaitan pernafasan, mestilah cepat mendapatkan rawatan. Apa yang paling penting, sentiasa mendapatkan maklumat berkaitan dengan jerebu supaya kita sentiasa tau perkembangan terkini mengenainya. 

Jerebu? Apa tindakan kita...
Jerebu? Apa tindakan kita... Kredit Google. 


Pada pendapat cikla, apa yang penting adalah kesedaran kita terhadap isu ni dan jangan pandang ringan. Cegah sebelum kena itu lebih baik. 

Sumber dari Harian Metro, Kementerian Kesihatan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (37) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (454) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews