'Santai Tapi Sampai'

27 October 2015

Penyakit anjing gila (rabies).

Baru-baru ni kita digemparkan dengan penularan penyakit anjing gila atau rabies. Cikla nak share beberapa info penting mengenai penyakit ini, supaya kita tau sedikit sebanyak mengenainya.

Rabies adalah jangkitan yang disebabkan oleh virus Lyssavirus. Bila virus ini menjangkiti seseorang, ia akan menyerang saraf dan otak pesakit. 

Ini kerana, lepas virus ni masuk dalam badan pesakit, ia akan terus membiak dan bergerak dari tisu yang dijangkiti, kemudian memasuki saraf dan seterusnya bergerak di sepanjang saluran saraf menuju ke otak pesakit. Wah, bahayanya. Takut cikla dengar.

Kalau korang nak tau, virus ni menjangkiti manusia melalui air liur anjing yang mengandungi virus tersebut. 

Itu sebab, bila mangsa digigit oleh anjing gila, virus itu akan mula membiak pada bahagian luka gigitan pada mangsa. 

Selain ia bergerak menuju ke otak, virus ni juga akan menuju ke kelenjar air liur dan membiakkan dirinya di situ. Dalam kebanyakan kes, anjing adalah pembawa sebab jangkitan dari manusia ke manusia adalah tak mungkin.

Lepas kena gigit anjing gila, ia akan ambil masa 1-3 bulan sebelum simptom awal muncul. Tapi, jangan tak tau simptom juga boleh nampak seawal 4 hari walaupun ada kes yang dilaporkan simptom muncul selepas 6 tahun digigit. Ini sebab ia depends pada jumlah virus yang dipindahkan ke luka dan kawasan sekitarnya. 

Untuk pengetahuan korang, simptom awal keadaannya hampir sama dengan demam selsema biasa. Pesakit akan demam dan rasa kebas di sekitar tempat luka gigitan itu. 

Penyakit anjing gila (rabies).
Penyakit anjing gila (rabies). Kredit Google. 

Bila kuman telah merebak ke saraf manusia, mangsa akan alami pergerakan anggota badan di luar kawalan, rasa gelisah, fobia pada air, lemah atau lumpuh anggota badan, keliru, cuak, berhalusinasi dan akhirnya tak sedarkan diri. 

Lepas tu, pesakit akan menghasilkan air liur yang banyak dan akhirnya pesakit susah nak menelan sebab air liur menitis-nitis keluar dari mulut. 

Langkah pertama yang kita boleh buat kalau seseorang digigit anjing yang mungkin membawa virus ini, basuh luka dengan air dan sabun. Basuh luka sekurang-kurangnya 5 minit. Penggunaan antiseptik juga boleh membantu mengurangkan jumlah virus yang mungkin masuk ke dalam badan mangsa. 

Suntikan vaksin (imunisasi) mesti diberikan serta-merta atau paling lewat pun dalam masa 6 hari selepas digigit untuk mengurangkan risiko kematian disebabkan virus ni.

Semoga perkongsian ni dapat memberi kita sedikit ilmu dan info mengenai penyakit bahaya ni.

Sumber  : Ruangan Sihat (harian metro).

3 comments:

  1. so beware bl jumap anjing liar

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. kdg2 mmg takut kalau terserempak dgn anjing liar ni... mcm nk kejar kita je... seriau pulak... huhu

      Delete
  2. Perkongsian yang bagus.. X ramai yg tau detail emngenai penyakit ini..

    ReplyDelete