Sebelum ni, Malaysia digemparkan dengan kehilangan 7 orang kanak-kanak orang asli dari SK Tohoi yang hilang dalam hutan.
Mereka dikatakan bertindak melarikan diri ke dalam hutan sebab takut dimarahi guru kerana mandi di sungai tanpa pengetahuan guru. Sana-sini orang bercerita pasal hal ni kan?
Tak kira, di laman sosial, blog-blog, akhbar malah dalam berita pun saban hari dilaporkan pasal isu ni.
Alhamdullilah, dengan izin Allah 2 daripada kanak-kanak tersebut telah ditemui selamat tapi yang lain dikatakan telah meninggal dunia.
Subahanallah, macam mana seorang kanak-kanak kecil boleh bertahan hidup di hutan selama 48 hari. Mereka dikatakan hanya makan rumput dan pucuk kayu serta minum air sungai. Sebenarnya penemuan pertama adalah rangka mayat salah seorang kanak-kanak orang asli tersebut.
MasyaAllah, memang cikla salute dengan kanak-kanak ni. Kita yang dewasa ni pun, entahlah belum tentu survive ke tak bila ada dalam hutan. Sedangkan askar pun kalau masuk hutan bawak bekalan inikan pun kanak-kanak lepas tu sesat pulak.
Allah. Allah. Allah.
Allah. Allah. Allah.
Jumpa juga akhirnya, alhamdullilah! Sumber : BHONLINE |
Walaupun keadaan kanak-kanak itu masa dijumpai amat menyayat hati (kurus kering dan keadaan amat letih), tapi syukurlah sebab mereka masih bernyawa. Hanya mereka yang mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
Bagilah mereka masa untuk meraka mendapatkan kembali kekuatan sebab dah tentu mereka rasa trauma dan fobia. Mana taknya, berada dalam hutan sendirian tanpa orang dewasa.
Mengharungi tempoh selama 48 hari mereka berada dalam hutan memang tak dapat kita bayangkan. Dengan keadaan hutan yang penuh dengan binatang buas, takde makanan, itu belum lagi keadaannya bila waktu malam. Allah, mana agaknya mereka tidur..
Walau apapun, bagi cikla peristiwa ni sepatutnya memberi pengajaran pada semua terutama pada keluarga, pihak sekolah dan yang paling penting pada diri pelajar tu sendiri.
Menghadapi saat-saat sukar masa dalam hutan, itu belum lagi melihat seorang demi seorang kawan-kawan mereka yang meninggal memang sangat tragis.
Semoga anak-anak ini mendapat semangat baru dan sihat seperti sediakala.
Info lanjut klik sini
Alhamdulillah dua dari tujuh masih hidup, cuma segalanya masih misteri kan cik LA :)
ReplyDelete