So deep.....

Ermm, betul jugak apa yang ditulis kat atas tu. Kebanyakan ibu (mungkin cikla pun begitu tanpa sedar) bila mengandung anak kedua dan seterusnya, anak pertama mesti macam terabai. 

Maksud di sini senang cakap cara layanan macam dah garang sikit dengan anak pertama. Pantang salah sikit, nak marah saja. 

Allah, macam cikla, memang cikla akui kadang-kadang kurang sabar jugak dengan perangai kakak ika (anak pertama cikla). Bila tiba time dia buat perangai memang temper.

Masa cikla mengandungkan mia (anak kedua), tak ketara sangat mengada-ngadanya. Tapi, since adik ammar ada ni nampak macam ketara pulak. Mungkin dia nakkan perhatian kot. 

Memang tak dinafikan perangainya kadang-kadang mengalahkan adik. Nak tidur pun kat bawah ketiak ibu, hai lah anak. Mungkin ini ujian Allah untuk cikla. Menghadap kerenah anak yang macam-macam warna.

So deep.....
So deep..... Kredit gambar : Facebook.


Ya Allah, Kau tabahkan hatiku menghadapi kerenah anak-anakku. Kau kuatkanlah hatiku supaya sabar melayan mereka. Mereklah anugerah terindah dariMu. Aamiin.

Kepada anak-anak ibu, maafkan ibu andai selama ni ini asyik marah-marah je. Ibu sayang anak-anak ibu. Mungkin itu kekhilafan itu mendidikmu nak. InshaAllah, ibu akan memperbaiki apa yang kurang baik. Semoga kamu semua dirahmati olehNya selalu. Aamiin.

(NUR BATRISYIA ZULAIKHA, NUR FARISYA DAMIA, AHMAD AMMAR RIZQIE)

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews