Susahnya nak minta maaf...

Maaf, susah ke nak ucap kata "maafkan saya", i'm sorry. Ermmm, susah kot. Sebab apa? Mungkin ego barangkali. 

Antara lelaki dengan perempuan, siapa yang paling susah nak ucap kata maaf? Haaa, ada yang jawap lelaki. Ada yang jawap perempuan. Tapi, mungkin depend pada perkara or keadaan tertentu kot!

Ada orang cakap nak ucap maaf ni senang je. Sorry bro, maaf kak. Tapi, kita kena ingat, adakah ucapan maaf yang keluar dari mulut kita tu diiringi dengan rasa ikhlas dari hati kita. Jangan sebab terpaksa,  perkara tu dah jadi lain dah. Dah jadi tak jujur dan pura-pura.

Susahnya nak minta maaf...

Kadang-kadang rasa ikhlas dan jujur tu boleh terpancar kat muka tau, so orang tengok je, "Ooo, betullah si polan tu ikhlas nak mintak maaf." Hati mereka pun jadi cool je nak terima maaf kita.

Kita semua tau kita bukan manusia yang sempurna, dan pasti kita akan melakukan kesilapan. Tapi, jangan bertindak menghukum sendiri, kekonon nak hukum dirilah. 

Ingat, kita tak disarankan berbuat demikian. Bertaubatlah kepada Allah dan minta maaf pada mereka yang kita dah buat salah. Ikhlaskan diri kita untuk mengucapkan kata maaf itu.

Pada cikla, setiap perkara yang dilakukan dengan ikhlas akan membuahkan kepuasan yang tak terkata. Tak kiralah dalam apa jua situasi, sentiasalah ikhlas dan jujur pada diri sendiri pertamanya, dan seterusnya pada orang sekeliling kita.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews