Jerebu datang lagi...

Hailah jerebu, datang lagi kau ya. Ermmm, minggu ni je 4 hari budak-budak bercuti sekolah. Semalam baru sekolah. Hari ni cikla tengok jerebu macam dah tebal balik. Tadi siang cikla pergi kenduri kawin kat tempat cikla, baru kejap kat luar dah macam sesak ni nafas. Huhu, nak buat macam mana, kenduri kena pergi jugak, dah jiran kan, kang tak kenal jiran haru pulak dibuatnya.

Jerebu datang lagi...
Jerebu datang lagi...


Jerebu datang lagi...
Jerebu datang lagi...

Gambar tu masa cikla bawak kakak ika dengan adik ammar pergi klinik tempoh hari. Biasalah dua beradik tu batuk selsema and macam nak semput. Dengan cuaca berjerebu sekarang ni, memanglah mudah kanak-kanak nak kena batuk. Itu pun cikla tak bagi diaorang main kat luar rumah.

Jerebu datang lagi...
Jerebu datang lagi...


Jerebu datang lagi...
Jerebu datang lagi...

Gambar yang ni pulak (dua gambar tu masa berbeza, rasanya selang dua minggu) masa kakak ika terpaksa amik gas sebab batuk kuat sangat. Kakak ika ni kalau batuk kuat sangat, mulalah macam nak semput. Lagipun, dia memang ada asma.

Korang kalau nak keluar dari rumah jangan lupa pakai mask. Lagi elok duduk rumah je kalau betul-betul takde urusan yang memerlukan kita keluar rumah. Bahaya tau. Tapi, dekat indonesia lagi kesian. 

Dengan IPU yang memang tinggi giler (latest yang cikla tau kalau tak silap >2000), macam manalah diorang nak bernafas kan? Syukurlah, walaupun negara kita ni berjerebu, tapi belum sampai tahap macam diaorang. 

Apa yang penting kita kena sentiasa peka dan prihatian dengan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kesan jerebu yang teruk.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews