Allahuakbar, terkejut cikla bila baca satu kisah ni kat paper Metro hari ni. Seorang ibu muda yang tekad terjun pangsapuri selepas gagal susukan anak. Tingkat 26 pulak tu.
Terjun pangsapuri selepas gagal susukan anak. Sumber akhbar Metro. |
"......Kejadian berlaku di Kuala Lumpur, sebelum kejadian dikatakan mangsa menyerahkan pembantu rumahnya mengambil bayinya yang berusia 10 hari yang menangis untuk diberi susu dalam bilik.
Lepas pembantu rumah mangsa selesai bagi bayinya susu botol, dia mendapati mangsa takde dalam rumah, dan dia mencari mangsa sekitar kawasan rumah sebelum guard di situ beritahu menemui mayat seorang wanita yang dipercayai terjatuh di aras bawah pangsapuri.
Pembantu rumah mangsa mengesahkan mayat tersebut adalah majikannya. Hasil siasatan awal suami mangsa beritahu sebelum ni isterinya pernah mengadu susah hati sebab tak dapat nak bagi susu badan pada bayi mereka kerana susu tak keluar.
Selain tu, mangsa ada jugak bagitau yang dia bosan dan tertekan tinggal di rumah sebab takde kerja yang boleh dilakukan."
SubahanAllah, kesiannya cikla dengar.
Biasalah, itulah cabaran pada ibu muda yang baru melahirkan. Air susu tak keluar, kekok nak menyusukan bayi, itu perkara biasa. Apa yang penting, kita kena sentiasa positif.
Cikla ingat lagi misi yang bagi speech pasal breastfeeding cakap, nak menyusukan baby kita kena sentiasa positif. Sebab ia memang mempengaruhi.
Jangan fikir "aku takde susu, aku tak boleh nak susukan baby" asyik tak boleh, tak boleh, tak boleh, at last memang tak bolehlah jawabnya.
Orang yang paling dekat dengan isteri, terutamnya encik suami pun kena selalu bagi dorongan pada isteri.
Cakap pada isteri kata-kata positif, so that si isteri taklah rasa itu satu kekurangan pada diri dia. Sekurang-kurangnya dia dan kita (sebagai orang yang paling dekat dengan dia) dapat terima "kekurangannya" itu.
Yang paling penting jangan biarkan isteri merasa keseorangan dan "bersendirian", sebab mereka akan mudah "terbuai" oleh perasaan mereka sendiri dan mulalah fikir yang bukan-bukan. (Syaitan mula menghasut).
Orang dalam pantang ni jiwanya mudah tersentuh. Kalau boleh orang yang dalam pantang ni tak boleh sedih-sedih, kena selalu happy sebab takut nanti meroyan.
Cikla share kisah ni bukan nak bukak aib sesiapa, tapi sekadar nak kongsi pengajaran dan tauladan daripada cerita ini. Semoga kisah di atas menjadi pengajaran pada kita semua.
Sumber : Harian Metro.
No comments:
Post a Comment