Hi korang, dah tido ke? Cikla belum lagi. Ni baru lepas melayan kerenah anak sulung cikla ni yang meragam pulak tengah-tengah malam. Dah lama dia tak buat perangai macam ni.
Adoi, memang menguji kesabaran ibunya ni. Kalau dulu, masa dia berumur 3-4 tahun, tiap-tiap malam memang tidurnya asyik terganggu.
Tidur sekejap dalam 15 minit, pastu terjaga dan menangis. Kalau dulu, ibunya ni sabar tinggi jugak. Tapi, la ni macam dah tipis pulak kesabaran ni. Huhu.
Mungkin Allah mahu menguji cikla. Sabar ke tak cikla berhadapan dengan situasi macam ni.
Masalahnya tak tau pulak apa yang dia nak. Bila tanya nak susu, nak. Dah minum tapi merengek lagi. Bila tanya nak pergi toilet ke, tak nak. Sakit perut ke, tak. Abis tu apa masalah mu wahai anak. Kekadang tu sampai nak ke Subuh, baru dia tido nyenyak.
Betul orang cakap, anak adalah anugerah. Tapi bagi cikla, anak adalah anugerah dan ujian. Sebab apa, anak adalah rezeki. Bila mana kita mempunyai anak, rezeki kita sentiasa ada. Itu sebab, orang dulu-dulu walaupun anak ramai (macam kawan cikla, 14 orang adik-beradik dia) tapi mereka tetap gembira. Makan tak pernah tak cukup.
Senang, tak susah makan sebab rezeki sentiasa ada. Ujian pulak, macam nilah. Macam apa yang cikla alami sekarang. Menghadapi kerenah anak yang pelbagai ragam. Nak tengok sabar ke tidak kita menghadap semua. Memang challenging sungguh.
Tak dinafikan perangai anak tak kan sama. Anak pertama macam ni, anak kedua macam ni pulak. Dan begitulah seterusnya. Tu yang kalau dah semua buat perangai serentak, memang teruji kesabaran ibunya ni.
Tapi, alhamdullilah, anak cikla yang kedua dan ketiga, takde lah meragam sangat macam kakaknya. Kalau tido malam, memang nyenyak.
Cuma si adik, Ahmad Ammar Rizqie bangun sesekali mahu menyusu. Nur farisya damia pun jarang bangun dan meragam tengah malam.
Rasanya si kakak, Nur Batrisyia Zulaikha ni takde lah cikla manjakan sangat. Jujur, cikla memang garang dan tegas dengan anak-anak, tapi takde lah garang macam singa betina. Haha.
Anak, antara anugerah dan ujian! |
"Ya Allah, Kau kuatkan hati dan kesabaran ku menghadapi kerenah dan ragam anak-anakku. Aku tau ini adalah dugaan dan ujian darimu. Semoga aku kuat dan sabar. Ampunilah segala dosaku ya Allah. Aamiin ya rabb."
Ibu sayang anak-anak ibu dunia akhirat!
0 comments: