Orang Malaysia memang suka makan. Ye ke? Betul lak kot, sebab kita tengok kadang-kadang sampai pukul 2-3 pagi masih ada lagi yang lepak kedai mamak pekena mee goreng sama teh tarik besar. Wah wah.
Sebenarnya, tabiat sebegini tak berapa bagus tau, nak-nak pulak pada mereka yang nak mengamalkan diet. Sakit jantung dengan kencing manis, dua sahabat baik ni memang senang nak hinggap kat orang yang macam ni.
Kalau dulu, orang cakap gandingan ni disebabkan oleh warisan keluarga, tapi rasanya sekarang tak lagi, sebab ia boleh juga disebabkan oleh gaya hidup yang tak berapa nak sihat macam ni lah. Sekarang ni cikla nak kongsi sikit pasal penyakit kencing manis. Rasanya ramai kot rakyat Malaysia yang ada kencing manis. Apa punca-puncanya agaknya ye. Jom kita baca.
Risiko kencing manis, biasa buat macam ni tak? Sumber Google. |
Kalau korang selalu minum minuman berkordial memanglah korang berisiko sangat sebab minuman sebegini memang kita tau tinggi kalori dan gula. Selain tu, ada tak yang suka dinner lambat-lambat? Sebenarnya kan, tabiat ni tak berapa baik sebab ia akan menggalakkan penyakit kencing manis. Untuk pengetahuan korang, kalau kita lewat makan, ia akan pengaruhi kadar gula dalam darah kita, so risiko nak kena kencing manis memang tinggilah.
Haaa, ni lagi satu tabiat yang tak baik, iaitu jarang makan makanan berserat macam buahan dan sayuran. Kurang ambil serat akan menyebabkan masalah pada bahagian pencernaan. So, hal ini jugak boleh sebabkan risiko terkena kencing manis. Jangan malas nak makan buah dan sayur tau.
Kalau yang ni pulak selalu makan tengah malam. Bukan apa, bila mata tak mengantuk dan susah nak tido, apa lagi perut mulalah berkeroncong. Pastu, makanan yang diambil pulak berat-berat. Betul tak? Ouch, kalau yang ni cikla macam selalu buat je. Alamak. Lepas ni kena kurangkanlah. Kesihatan lebih penting kan?
Akhir sekali, kita kena bijak kawal tekanan sebab hormon tekanan, kartisol boleh mempengaruhi tahap gula dalam darah dan akan menjadi punca kepada penyakit kencing manis. Nak-nak pulak, dalam keluarga kita memang ada sejarah yang ada kencing manis. Kena berjaga-jaga tau.
Walau apa pun, pada pendapat cikla semuanya bergantung kepada kita sendiri. Kita yang menentukan apa yang kita makan, dan kalau boleh tinggalkan, gaya hidup yang tak berapa nak sihat tu. Tak salah kalau kita mencegah dari awal, macam orang cakap, mencegah lebih baik dari mengubati. Semoga bermanfaat dan beri sedikit info pada kita.
Sumber dari info sihat MW.
0 comments: