Wah, korang jangan marah cikla letak tajuk entry macam ni... saja nak kasi gempak sikit, hehe. Aisssshhheyyyy. Macam-macam dah sekarang ni. Kes buang baby bukanlah kes baru, ia dah lama pun. Sekarang ni pun, kes buang baby masih lagi berlaku. Terbaru ia berlaku di Yan, Kedah. Yang sadisnya, ada ke patut si polan ni letak baby tu dalam mesin basuh. Ish ish ish, memang takde hati perut langsung. Belas kasihan pun tak de. Tak pasal-pasal ingat mesin basuh menangis, huhu.
Mesin basuh menangis? Sumber Harian Metro. |
Meh cikla cerita sikit pasal kisah ni.
"... seorang pemilik rumah terkejut apabila menemui seorang baby berada dalam mesin basuh di rumahnya.
Ketika dia sedang leka menonton tv bersama keluarganya, mereka mendengar suara baby menangis dan hairan dari mana suara itu datang padahal rumah mereka takde baby pun.
Mereka arah dari mana suara tangisan itu datang, dan mereka betul-betul terkejut bila menjumpai seorang baby perempuan di dalam mesin basuh yang terletak di dapur rumah mereka.
Baby tersebut dipercayai baru berusia sehari dan masih bertali pusat. Katanya lagi, masa kejadian pintu dapurnya tak berkunci dan mereka pun tak sedar kalau ada sesiapa yang memasuki rumah mereka melalui pintu itu.
Laporan telah dibuat dan pihak polis meminta pihak hospital kerajaan mahupun swasta memberikan maklumat kalau ada sesiapa yang mencurigakan dan disyaki mendapatkan rawatan di situ."
Aduhai, apalah pendek akal sangat orang yang letakkan baby tu dalam mesin basuh. Dah lah baby nya tak dipakaikan selimut, bogel gitu diletakkan kat dalam tu. Teruk dah manusia sekarang.
Kalau ye pun dah tak nak baby tu, letaklah kat rumah kebajikan ke atau tempat yang sepatutnya. Apalah yang baby tu tau. Geram pulak cikla baca kisah ni. Comel babynya.
Cikla harap kisah ni dapat menjadi ikhtibar pada kita semua. Jangan disebabkan kaget atau buntu nak buat apa, amik keputusan macam ni.
Sebelum nak buat taknak pulak fikir ke depan, fikir apa yang akan berlaku kesan dari perbuatan tu.
Semoga kita semua sentiasa dijauhkan dari perbuatan yang mungkar.
Semoga kita semua sentiasa dijauhkan dari perbuatan yang mungkar.
Sumber : Harian Metro.
ksiannya baby tak berdosa tu..knapelah org tu snggp buat mcm tu
ReplyDeleteKesian baby tuh.. Tapi pada sha la, bagus juga dia tinggalkan dekat rumah orang walaupun x patut lah letak dalam mesin basuh.. sekurang-kurangnya baby tuh xlah dihurung semut ke ataupun dikokak binatang liar.. Sha bukan menyokong dia membuang bayi cuma sekurang-kurangnya dia tidak menyebabkan bayi itu mati..
ReplyDelete