'santai tapi sampai'

InshaAllah, esok kita akan menyambut Awal Muharram. Begitu cepat masa berlalu kan? Dah nak masuk tahun baru. Awal Muharram, adalah permulaa...

Selamat Menyambut Awal Muharram 1437H.

InshaAllah, esok kita akan menyambut Awal Muharram. Begitu cepat masa berlalu kan? Dah nak masuk tahun baru. Awal Muharram, adalah permulaan tahun islam Hijriah yang merupakan peristiwa penghijarahan baginda Rasulullah SAW dan orang islam dari Mekah ke Madinah atas perintah Allah. 

Peristiwa ini seharuskan kita ingati dan hargai sebab betapa besar pengorbanan baginda menyebarkan dakwah Islam.

Pada masa kini, makna HIJRAH lebih luas. Ia boleh merangkumi penghijrahan diri seseorang itu ke lebih baik, dengan meninggalkan sifat atau sifat yang tak baik. Kalau sebelum ni, ada tabiat yang kurang elok menjadi amalan kita, seeloknya inilah masanya kita berubah. 

Orang cakap, nak berubah tak payah tengok waktu, tapi bagi cikla peristiwa hijrah inilah boleh menjadi salah satu mangkin atau pencetus kepada penghijrahan kita.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1437H.
Selamat Menyambut Awal Muharram 1437H.

Selain itu kita juga di sarankan untuk membaca doa penutup tahun dan doa awal tahun. Jom cikla kongsikan doanya.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1437H.
Selamat Menyambut Awal Muharram 1437H.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1437H.
Selamat Menyambut Awal Muharram 1437H.

Baca doa akhir tahun selepas Asar selepas perbanyakkan baca Istighfar sehingga masuk maghrib. Kemudian, baca doa awal tahun selepas solat Maghrib perbanyakkan berselawat sehingga masuk Isyak.

Semoga Allah terima semua amalan kita pada tahun ini dan semoga tahun baru yang bakal tiba ni, kita sama-sama berhijrah membentuk keperibadian yang lebih sempurna, serta tingkatkan amal ibadat semata-mata hanya kerana Allah SWT, menjaga kedua ibu bapa kita, membina dan menjaga hubungan silaturahim antara ahli keluarga dan sahabat supaya menjadi lebih baik. 

Semoga kita diberikan taufik, hidayah dan sentiasa dlm rahmat oleh Allah SWT. Aamiin.

Sumber doa : Internet.

0 comments: