Sebelum ni, memang cikla tercari-cari macam mana cara nak download lagu dengan mudah terutamanya dalam format mp3 di internet.
Kalau cikla google contohnya nama lagu atau nama penyanyinya, yang keluar memang banyak la. Bila klik kat situ, yang keluarnya merapu-rapu. Itu belum lagi dengan iklan lagi. Adoii, naik pening dibuatnya.
Haa, sekarang cikla dah jumpa cara senang nak download lagu tak kiralah dalam bentuk mp3 atau mp4. Nak dalam bentuk video pun ada. Orang kata Snap Tube ni dah macam one stop center lah. Semua ada, just klik, klik and klik.
Maybe ada yang dah tau kaedah ni, tapi tak apalah cikla nak share jugak sebab cikla baru tau, hehe. Oklah, cakap banyak pun tak guna. Meh cikla tunjukkan step by step. Jom.
(1) Buka google dan taip "snap tube". Klik pada yang cikla bulatkan tu. (Sila lihat gambar).
Senangnya nak download lagu di Snap Tube. |
(2) Lepas klik, akan keluar perkataan download pada kotak warna merah. Klik kotak itu. (For your info, benda nak kena download dulu sebelum nak guna dia. Saiznya takde lah besar sangat dan ia tak kan memberatkan phone kita)
Senangnya nak download lagu di Snap Tube. |
(3) Bila download complete, icon snap tube akan ada pada home screen phone kita. Klik icon tu.
Senangnya nak download lagu di Snap Tube. |
(4) Bila klik icon tersebut, akan keluar macam kat dalam gambar tu.
Senangnya nak download lagu di Snap Tube. |
(5) Then, taip lagu apa yang korang nak cari di ruang search. Akan keluar keadaan macam kat dalam gambar di bawah.
Senangnya nak download lagu di Snap Tube. |
(6) Lepas tu klik pada bulatan merah yang ada anak panah ke bawah. Itu icon untuk download.
Senangnya nak download lagu di Snap Tube. |
(7) Klik je kat situ akan keluar jenis format lagu yang kita nak. Pilih korang nak format apa. Cikla pilih mp3. Then, klik je kat situ.
Senangnya nak download lagu di Snap Tube. |
(8) Tunggu sampai download complete, lepas itu akan keluar icon completed, click to play.
Senangnya nak download lagu di Snap Tube. |
(9) Bila klik kat situ, akan keluar player yang akan memainkan lagu yang kita download. Lagu yang di download akan di save di folder music dalam phone korang. Done!
Senangnya nak download lagu di Snap Tube. |
Cikla rasa snap tube ni macam youtube jugak kot, cuma bezanya di snap tube kita bukan setakat boleh tengok dan download video klip, tapi kita boleh download audio seperti mp3 dan mp4.
Kalau korang nak download movie pun boleh. Taip aje movie apa yang korang nak tengok.
Selamat men"download".
ok kakbell dah install .... dan da try download .. waaa thanks cikla, senang nak download lagu pas ni. :)
ReplyDeleteKan... mudah betul... hehe
Delete