Drama pilihan : Dhia Sofea (Slot Samarinda TV3).

Rasanya untuk entri pertama mengenai drama pilihan ni yang cikla nak share dengan korang ni adalah drama Dhia Sofea, menggantikan drama sebelum ni, Bukan Isteri Sempurna. Cerita ni pun best gak. Ini bolehlah dikatakan drama best pilihan cikla. 

Drama ni adalah dari slot Samarinda TV3 yang bersiaran pada pukul 10 malam setiap hari Rabu dan Khamis. Memang best drama ni. 

Episod awal yang cikla tengok pun dah suspen dah dan setiap adegan memang sentiasa membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. 

Para pelakonnya pun best jugak. Gandingan pelakon lama dan baru memang mantaplah. Jom kita review sikit drama ni.

Tajuk Drama : Dhia Sofea (15 Episod).
Pengarah : Rashid Sihir.
Pelakon : Amyra Rosli (Dhia Sofea), Fadlan Hazim (JJ), Syafiq Kyle (Din), Syarifah Haslinda (Dolly), Maria Farida (Lorena), Datuk Eizlan Yusof (Mahadi), Norlia Ghani (Mak Yam), Raja Ema (Cik Non).

Ringkasan drama :

Ia mengisahkan tentang Dhia Sofea yang mencari ibu dan bapa kandungnya selepas dia mengetahui yang dia hanya anak angkat kepada Mak Yam. 

Mak Yam membesarkan Dhia macam anak sendiri di samping Din seorang pemuda yatim piatu yang turut menumpang kasih Mak Yam. 

Din sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Dhia tapi tak meluahkan rasa hatinya kerana Dhia balik ke kampung bersama teman lelakinya, JJ. 

Sebagai bukti untuk mencari ibu dan bapa kandungnya, Dhia hanya mempunyai seutas rantai berhuruf "M" yang ditinggalkan bersamanya semasa dia masih bayi dulu. 

Sehinggalah dia terjumpa sekeping gambar lama di rumah JJ semasa hadir ke parti hari jadi JJ. Sejak itu, Dhia mula mencari alasan untuk mendekati Lorena kerana JJ memberitahu Lorena adalah ibunya. 

Berjayakah Dhia mencari siapa ibu bapa kandungannya?

Tak sabar nak tau ending nya kan? Jengg jenggg jennggg. Wah, memang suspen kan? Lagipun, cerita ni best sebab cikla rasa ada Sharifah Haslinda. 

Dah lama tak tengok dia berlakon, tetap macam dulu. Mantap! Pelakon lain pun best jugak. Kalau korang ada masa, tengoklah drama ni. Best gitu, (dah berapa kali cikla cakap best kan hehe)

Sumber : KOSMO!

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews