Pelancong berbogel lagi?

Huh, biadap sungguh mereka ni. Kalau sebelum ni isu 10 orang pelancong Eropah yang berbogel di South Peak, Gunung Kinabalu pada 30 Mei lepas. Kesemua mereka dah pun dihadapkan ke mahkamah dan diusir keluar dari Sabah setelah membayar denda. 

Sekarang ni pulak dah. Apa nak jadilah dengan diaorang ni. Dah lah datang negara orang, pastu tak beradab. Berkelakuan tak senonoh macam ni.

Ceritanya begini, ia dipercayai berlaku di sebuah pulau di Semporna, Sabah. Perkara ni dah jadi viral pun. Mereka (lelaki dan perempuan) didakwa berbogel di tepi pantai pulau itu. 

Berdasarkan siasatan awal oleh pihak berkuasa, gambar tersebut mungkin di rakam sekitar tahun 2014 sehingga 2 minggu lepas. 

Dan ia dipercayai dilakukan oleh pelancong dari China untuk simpanan peribadi katanya.

Pelancong berbogel lagi?
Pelancong berbogel lagi. Sumber KOSMO!

Haiyoooo, kalau ia pun untuk simpanan peribadi, agak-agaklah sikit. Ambil gambar di khayalak ramai kot. Walaupun maybe time tu memang geng-geng diaorang aje kat situ, tapi itu kan kat tengah tempat terbuka. 

Kalau tempat tertutup lainlah ceritanya kan. Entah apa-apa entah tabiat macam ni.

Sepatutnya mereka yang datang melancong ke negara kita patut tahu adab-adab bila berada di tempat orang. Macam tu jugak kalau kita pergi melancong ke tempat orang. Tata susila dan perilaku tu kena jaga. 

Lagipun, kalau kita ke tempat orang, kita bawak sekali identiti negara. Kalau dah macam ni gayanya, memang kena "cop" je la. 

Pelancong lain yang ok pun kena tempias gak dek kerana perangai segelintir mereka yang berperangai tak senonoh.

Peringatan dan pengajaran untuk kita semua.

Sumber : KOSMO!

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews