'Santai Tapi Sampai'

23 October 2015

Wabak kepialu...

Sekarang ni heboh dikatakan wabak kepialu melanda kawasan lembah klang. Saban hari ada saja berita pasal ni di dalam paper

Berikutan dengan penularan wabak ni, pegawai dari jabatan kesihatan telah mempergiatkan lagi usaha membanteras kedai-kedai makan untuk memeriksa tahap kebersihan kedai termasuklah dalam pengurusan makanan.

Untuk pengetahuan korang, demam kepialu yang tak diubati akan sembuh dalam masa 4 minggu. Pesakit yang dijangkiti wabak ni akan menunjukkan tanda jangkitan dalam 3 - 56 hari selepas dijangkiti oleh bakteria tersebut.

Bakteria apaan tu sih? Itu adalah bakteria Salmonella thypi. Ia biasanya terdapat dalam air yang kotor termasuklah dalam penyediaan makan yang tak bersih. Antara tanda-tanda demam kepialu adalah:-

  1. Mengalami demam dengan suhu yang tinggi iaitu 39°C - 40°C.
  2. Mengalami sakit kepala, sakit bahagian otot, dan sakit seluruh badan.
  3. Mengalami cirit-birit dengan najis berwarna hijau macam sup kacang hijau.
  4. Timbul ruam pada kulit.

Selepas beberapa hari, cirit-birit akan hilang dan pesakit dan berhenti terus dari membuang air besar. Walaupun demam ini akan sembuh, kita tak boleh pandang ringan jugak. 

Apa yang penting kesedaran kita terhadap kebersihan makanan yang akan kita makan dan tempat kita dapatkan makanan tersebut. Jangan sambil lewa kerana mungkin kita juga akan menjadi mangsa. Beringat sebelum kena. Berikut merupakan langkah-langkah pencegahan terhadap penyakit ini.

Wabak kepialu...
Wabak kepialu...  Kredit gambar : facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kepada para peniaga makanan tak kiralah yang menjaga di kedai-kedai, warung-warung malah gerai-gerai sekalipun, jangan fikir nak untung aje. Sepatutnya tahap kebersihan makanan dan persekitaran tempat korang menyediakan makanan dan berjualan mestilah bersih. Jangan nak sambil lewa je, lagipun mereka bayar kan, bukannya free. Patutnya layanan semestinya baik, baru pendapatan tu berkat.

Pada korang semua berhati-hati kalau nak makan kat luar tu. Pastikan kedai yang kita nak masuk tu betul-betul bersih. Kalau cikla, sebelum cikla nak makan kat sesebuah kedai tu cikla tengok keadaan singkinya dan lantai kedai. Kalau singkinya bersih berkilat-kilat putih-putih melati, confirm bersih kedai tu. Lagi satu kalau lantainya bersih, sampah pun takde pun menunjukkan pemilik kedai tu pembersih. Itu cara cikla lah. Tapi, kalau korang rajin boleh jugak korang jenguk kat dapur diaorang bersih ke tak. Hehehe.

2 comments:

  1. Assalam. Tahniah kerana memenangi Joint Giveaway dianarashid and mamalink!

    Saya nak hantar hadiah. tolong bagi details: nama, alamat, dan no contact untuk tujuan penghantaran kepada:
    ida@mamalink.com.my

    terima kasih atas sokongan anda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... wah.. ye ke syukurlah... nanti saya bg detail...

      Delete