'santai tapi sampai'

Sebelum ni ramai orang cakap rambut mahkota wanita. Walaupun begitu, jangan ingat lelaki tak mementingkan rambut.  Bagi mereka, rambut mel...

Gaya dan peribadi lelaki melalui rambut.

Sebelum ni ramai orang cakap rambut mahkota wanita. Walaupun begitu, jangan ingat lelaki tak mementingkan rambut. 

Bagi mereka, rambut melambangkan keperibadian dan gaya tersendiri. Dekat luar tu, macam-macam fesyen rambut kita tengok. Ada yang suka berambut pendek, tak kurang juga ada yang suka berambut panjang. 

Ada beberapa jenis rambut yang melambangkan ciri atau sifat seseorang lelaki itu. Tapi, janganlah percaya 100%, kerana ia hanyalah jangkaan. Kalau baik teruskanlah, tapi kalau sebaliknya berusahalah untuk menjadi lebih baik.

Gaya dan peribadi lelaki melalui rambut.
Gaya dan peribadi lelaki melalui rambut. Kredit Google.

Rambut lurus - lelaki yang mempunyai rambut sebegini dikatakan seorang yang bijak, happy, stylo, dan berpotensi dalam bidang seni. Tapi, mereka ni mudah cemburu dengan kejayaan orang lain.

Rambut kerinting tebal - lelaki ini disifatkan sebagai lelaki kurang bijak, degil, kuat cemburu, sukar selesaikan masalah sendiri tapi senang pulak bergaul. Tapi, jangan fikir lelaki ini tak de kelebihannya, kalau nak tau mereka ini adalah seorang yang romantik dan tak suka termenung memikirkan nasib diri. Haha. Yang ni lawak pulak cikla baca.

Rambut kerinting - mereka seorang yang bijak dan romantik (agaknya betullah orang rambut kerinting ni romantik). Tapi, harus diingat mereka ni pulak seorang yang ego, cemburu buta, dan panas baran kalau susah nak settle sesuatu masalah.

Rambut ikal mayang - aii, lelaki pun ada rambut ikal mayang. Ingatkan perempuan je. Hehe. Ciri lelaki ini adalah mereka seorang yang bijak, think before act, open minded, banyak bergaul, dan seorang pemaaf.

Rambut halus/lembut - mereka seorang yang bijak, cerewet dalam memilih, pemaaf, manja tapi tegas (macam mane tu, hehe) dan cepat melakukan sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh.

Rambut sedikit - juga seorang yang bijak dan pandai menguruskan perniagaan. Aiseh, kelemahannya pulak mereka sentiasa think negative dan ego.

Rambut perang - rambut perang jenis semulajadi tau, bukan jadi-jadian. Makna memang sejak azali lagi rambutnya perang. Mereka dikatakan kurang bijak, suka bersosial, dan pandai lari dari masalah. Tapi, mereka ini ada jugak kelebihannya, iaitu seorang yang open minded dan pemaaf.

Rambut tebal - seorang yang bijak, ramai kawan,  romantik pada pasangan dan pandai ambil hati. Tapi, mereka juga degil, mudah cemburu dan kasar. Aiseh, tak minatlah lelaki kasar.

Rambut kusut - mereka seorang yang sangat bijak, open minded, banyak dan pandai bergaul, garang, susah nak maafkan orang dan pandai berdikari. Maknanya tak perlukan pertolongan orang lain kalau nak uruskan sesuatu perkara.

Mungkin lain orang lain karaktornya. Apa yang penting kita perbaiki mana yang kurang dan mantapkan mana yang sudah sedia baik. Tapi, yang cikla tengok kebanyakan mereka bijak. 

Lagipun mana ada yang pilih nak jadi bodoh ye tak, melainkan kalau mereka memperbodohkan diri mereka sendiri.

Sumber : Majalah Wanita.

0 comments: