'Santai Tapi Sampai'

29 October 2015

Nak mata cantik?

Siapa yang tak nak mempunyai mata yang cantik, galak, sihat dan bersinar-sinar. Hehe. Lagipun, mata merupakan salah satu daya penarik bagi seseorang itu dan ini merupakan impian semua perempuam tau. 

Sebenarnya tak payah nak berbelanja banyak-banyak semata-mata nakkan mata yang cantik dan sihat. Ada banyak tips yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan semua tu. Tak payah nak pening-pening dah.

Nak mata cantik?
Nak mata cantik? Sumber Google.

Minum air kosong secukupnyasekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ini kerana air berfungsi sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut semua nutrien ke seluruh badan. Lagipun, ia dapat mencegah kulit daripada kering dan cepat berkedut. Bak kata orang tua sebelum waktu. Huhu. 

Jangan lupa bersihkan mata dari solekan tebal sebelum korang nak tidur. Lagipun, ini dapat mengelakkan bahan kimia dari alat solekan itu meresap ke dalam mata. Ingat tau! 

Memakan makanan yang seimbang juga penting untuk mendapatkan mata yang sihat. Pastikan sajian harian kita mengandungi sayuran dan buahan terutama sayuran hijau (bayam dan cekur manis) yang mengandungi protein yang baik untuk mata. 

Lobak, keledek dan tomato pun bagus untuk dapatkan mata yang sihat. Vitamin A dan C sememangnya baik untuk mendapatkan mata yang sihat kerana ia membantu membina pigmen penglihatan yang baik (vit. A) dan membantu membentuk kolagen yang dapat menambah keanjalan kulit di sekeliling mata.

Jangan lupa pakai sunglasses antiultraviolet (UV) jika berada di luar rumah sebab kalau mata terlalu terdedah kepada UV berlebihan akan menyebabkan katarak dan boleh merosakkan kornea, kanta dan selaput retina mata (kalau UV tinggi sangat). 

Tapi, jangan pakai cermin mata yang murah macam kat pasar malam tu sebab kebanyakan cermin mata hitamnya tak menapis cahaya UV. 

Apa salahnya beli yang mahal sikit, lagipun nak gunanya pun lama (kalau jimatlah). Demi kesihatan mata kita. 

Tidur secukupnya sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari. Kalau korang nak tau, kalau kita kurang tidur akan menyebabkan mata nampak lesu, tak bermaya, sembap dan ada lingkaran hitam sekeliling mata. Dah nampak macam panda dah. Hehe.

Last sekali, senamanBuat senaman ringan macam menggerakkan mata ke kanan ke kiri ke atas dan ke bawah dalam kiraan lima untuk 1 minit pun dah cukup. 

Ini dapat meredakan ketegangan di sekitar otot mata. Nak-nak pulak kalau korang selalu mengadap komputer atau laptop berjam-jam sehari.  Memang penatlah mata tu. 

Korang boleh jugak buat senaman dengan menutup mata perlahan-lahan hingga tertutup sepenuhnya sebanyak 10 kali dapat mengelakkan mata terasa kering. 

Jagalah dan sayangilah mata kita sebaiknya kerana inilah anugerah yang tak ternilai.

Sumber :  Ruangan Hati (Harian Metro).

1 comment: