Petua hilangkan panas kepala.

Musim-musim jerebu ni cikla rasa ramai orang yang berasa tak sihat, terutamanya kanak-kanak. Ada yang batuk (kebanyakannya), dan ada pula yang demam. Kanak-kanak kalau badannya panas tinggi sikit (termasuklah kepala), kita seharusnya risau. Bukan apa, kalau panas terlalu tinggi takut kena sawan atau tarik. Nauzubillah, mintak dijauhkanlah.

Sebenarnya ada satu petua, rasanya ramai dah tau kot petua ni macam mana nak turunkan sekaligus hilangkan panas badan dan kepala. Cikla masa kecik-kecik dulu pun selalu mak buat petua ni kalau dah panas sangat. Jaram kepala kata orang tua-tua.

Ambil puncuk bunga raya muda, kemudian ramas dalam air sampai keluar lendirnya. Lepas tu, sapukan lendir tersebut ke seluruh kepala. Letak banyak-banyak. Insha Allah, panas akan beransur kurang dan seterusnya hilang.

Petua hilangkan panas kepala dengan bunga raya.
Petua hilangkan panas kepala dengan bunga raya. Sumber Google.

Kadang-kadang, kita yang dewasa ni kalau demam, badan panas sangat sampai rasa bengang je kepala. Inikan pulak kanak-kanak.

Sumber dari ruangan petua (majalah wanita).

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (37) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (454) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews