Happy Grandparents Day!

Sebelum kita biasa dengar Mother Day, Father Day,  dan sebagainya. Tapi, yang ni jujur memang cikla baru tau. Ke cikla yang terlambat tau, hehe (tutup muka). Itupun cikla dengar kat Rancangan Nasi Lemak Kopi O semalam. 

Macam menarik juga kan. Iyelah kalau sebelum ni ada hari Warga emas, apa salahnya kita meraikan pula datuk dan nenek kita (tak kiralah panggilan macam-macam seperti opah, tok abah, tok mummy, wan dan sebagainya).

Grandparents Day officially disambut pada 4 Oktober setiap tahun. Ia mula disambut pada tahun 1964 di negara Poland. Tapi, rasanya di Malaysia pun dah lama ada kot, mungkin ramai yang tak tau. (macam cikla ni lah ni, baru tau).

Hari ini diraikan bertujuan untuk mengeratkan hubungan datuk dan nenek dengan ahli keluarga yang lain, selain dari merapatkan ikatan kekeluargaan sesama kita. Contohnya, menziarahi mereka dan bertanya khabar.

Happy Grandparents Day!
Happy Grandparents Day! Kredit Google. 

Ermmm, bagus jugak lah kan. Di usia-usia senja sebegini sepatutnya mereka diberi perhatian, gembira dan menghabiskan masa dengan ahli keluarga. Kita tak boleh nak nafikan begitu besar pengorbanan mereka terhadap keluarga membesarkan anak-anak. Orang dulu-dulu bukannya senang, banyak dugaan dan cabaran. 

Macam wan cikla selalu cerita pengalaman dia masa zaman jepun. Rasanya kalau kita berada di zaman tu, memang tak tau lah nak cakap apa. Syukurlah kita lahir Malaysia dah pun Merdeka. 

Ada sesetengahnya gigih menjaga cucu pulak. Orang cakap apa, masa muda jaga anak, bila tua jaga cucu pulak. Sepatutnya di usia emas ni mereka melakukan aktiviti untuk diri sendiri, beribadah dan melakukan aktiviti yang mereka sukai (macam berkebun ke). (cikla ada baca isu pasal ayah dan ibu di suruh menjaga cucu. Nanti cikla kongsikan ye).

So, sesiapa yang masih ada datuk dengan nenek tu apa lagi, pergilah ziarah mereka kalau ada masa terluang. Kadang-kadang mereka bukan mintak banyak pun, cukuplah sekadar kita ingat kat mereka. Selalu-selalulah "tunjuk muka" kat mereka, itu pun dah cukup. 

HAPPY GRANDPARENTS DAY untuk semua atok-atok dan nenek-nenek seluruh Malaysia. 

Info lanjut klik sini 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (37) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (454) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews