'santai tapi sampai'

Masa tengah santai-santai cikla belek-belek paper Metro hari ni. Selak punya selak, cikla tertarik pula pada tajuk "bersih kuali guna m...

Erk... biar betul!

Masa tengah santai-santai cikla belek-belek paper Metro hari ni. Selak punya selak, cikla tertarik pula pada tajuk "bersih kuali guna mop". Erk, biar betul! 

MasyaAllah, rupanya itu "kerja" seorang pekerja kedai mamak yang dipercayai guna mop untuk membersihkan kuali dan dapur.

Erk... biar betul!!!
Erk... biar betul!!! Sumber Harian Metro.

Allahu. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah restoran mamak di Kuala Lumpur. 

Menurut saksi, dia terkedu tengok gelagat pekerja terbabit yang selamba derk je tanpa bimbang ada pelanggan yang melihat kelakuannya sebab pintu dapur terbuka. 

Video (duration 30 saat) mengenai perkara itu dah pun viral di Facebook.

Eeuwww, teruk betul kan. Sesiapa yang tengok pun mesti jijik nak makan. Terus patah selera. Kalau cikla lah, memang terus blah je dari kedai tu. 

Cikla bukanlah peminat restoran mamak (dah lama cikla tak masuk kedai mamak), tapi kebanyakan orang memang suka lepak, makan dan minum di kedai mamak. 

Sebab apa agaknya ye? Adakah kerana kelazatan mee goreng mamaknya kah? Atau kemanisan teh tarik gelas besar yang berbuih halus itu? Atau kelembutan roti canai mereka kah? Atau sebab ada wifi free kah? 

Hohoho. Hanya peminat tegar kedai mamak aje yang tau.

Walaupun bukan semua kedai mamak yang kotor dan mempunyai pekerja yang kurang beretika, tapi perbuatan segelintir pengusaha dan pekerja kedai mamak yang siciput inilah menyebabkan semua yang ok-ok pun mendapat tempiasnya jugak. 

Bak kata pepatah, sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

Pendedahan sebegini bukan berniat nak tutup periuk nasi mereka, tapi sebagai pengguna kita berhak tahu akan kebenarannya. 

Lagipun ini melibatkan makanan tu, makanan yang akan masuk dalam perut kita, pastu jadi darah daging. Apa yang kita makan mestilah bersih dan suci. 

Lagipun, islam memang amat mementingkan kebersihan tak kira dalam apa jua bentuk termasuk dan penyediaan makanan yang kita nak makan.

Kepada para pengusaha kedai makan tak kiranya mamak ke, melayu ke, jawa ke, janganlah korang nak pikir untung je sampai mengabaikan aspek kebersihan dalam menyediakan makanan untuk pelanggan. 

Mereka bukan makan free pun, sepatutnya mereka dilayan sebaik mungkin. Jangan fikir nak kaut untung je, tapi "hasil" yang korang dapat tak berkat. 

Waallahualam.

Kredit gambar : Harian Metro.

3 comments:

  1. Selalunya saya pergi kedai mamak sebab nak makan roti canai. Haritu ada satu kedai ni saya pergi, balik cirit birit :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... kdg2 memang kena alert jugak dgn perkara2 mcm ni....

      Delete