Ada orang sukakan bulu kening yang lebat, ala-ala wanita Arab gitu. Hihi. Kening yang hitam dan lebat memang menjadi idaman setiap wanita. Ada sesetengahnya memang dilahirkan berbulu kening lebat, biasanya orang yang mix Arab or Pakistan.
Tapi, jangan risau, kalau korang nakkan kening yang hitam lebat, kat sini cikla nak share beberapa tips yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan bulu kening yang diidamkan.
Nak lebatkan bulu kening? Cuba ni... Sumber Google. |
Guna lidah buaya.
Caranya potong lidah buah kepada 2 bahagian. Amik lendirnya dan sapu pada keninng setiap malam sebelum korang tidur. Biarkan ia selama 10-15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan setiap malam, korang pasti dapat tengok perubahannya dalam masa beberapa minggu.
Guna buah keras.
Caranya dengan menyagat buah kerana perlahan-lahan dengan sedikit air. Ambil air buah kerana yang disagat dan sapu pada kening. Buat sebelum korang tidur dan basuh pada keesokkan harinya dengan air sejuk. Buatlah selalu.
Minyak kelapa tua.
Caranya dengan membakar buah kelapa tua sampai keluar minyak. Ambil minyak dan sapu pada kening setiap hari.
Minyak lemak ayam.
Gluppp, biar betul ni. Hehe. Betul ni tau, dan ia dikatakan berkesan untuk dapatkan kening yang lebat. Caranya dengan memanaskan lemak ayam sampai keluar minyak. Kemudian, ambil minyak tersebut dan sapu pada kening dua kali sehari.
Pakai celak Mekah.
Oles kening dengan menggunakan celak Mekah, lama-kelamaan kening akan bertambah lebat secara semulajadi.
Lendir daun bunga raya.
Ramas daun bunga raya dengan sampai keluar lendir. Kemudian, sapukan pada kening. Biar sampai kering dan bilas. Buatlah dua kali sehari.
Selamat mencuba.
Sumber tips cantik MW.
0 comments: