Penghilang dahaga paling fresh abad ini : Air lemon + madu + serai ais yang sedap gila!

By Cikla Shahril - March 09, 2018

Sejak akhir-akhir cuaca agak panas terik. Kalau dekat tempat cikla, selalunya sebelah pagi membawa ke petang dalam pukul 3-4 tu memang panas.  Lewat petang, kadang-kadang malam hujan. 

Tapi, itulah. Hujannya sekejap-sekejap je. Takdelah lebat sangat. Faham-faham ajelah kalau dah cuaca panas terik kan, tekaknya mesti sokmo dahaga dan kering je. Asyik-asyik nak minum.

Macam itu jugak dengan cikla. Memang lately asyik dahaga je. Since cikla menjadi salah seorang pesakit tiroid ni, memang lemon menjadi 'teman' cikla yang paling akrab. 

Sebelum sarapan, cikla akan minum air lemon suam. Kadang-kadang lepas lunch, cikla minum lemon sejuk (more for vitamin). Kiranya macam air detox jugaklah ni.
 
Cikla nak share dengan korang satu resepi air yang sangat senang untuk disediakan. Bahannya pun senang nak dapat. Resepi ni untuk satu jug kecil tau. Kalau korang guna jug besar, korang adjust la sendiri untuk rasa lemon yang lebih ok.

Penghilang dahaga paling fresh abad ini : Air lemon + madu + serai ais yang sedap gila!
Penghilang dahaga paling fresh abad ini : Air lemon + madu + serai ais yang sedap gila! 

Bahan-bahannya:

2-3 hirisan lemon. 
4-5 sudu besar madu lebah. (kemanisam ikut korang. Kalau korang nak manis, lebihkan aje madunya). 
1 batang serai (diketuk sikit bagi keluar aromanya). 
Air sejuk, ais.

Cara: 

Masukkan hirisan lemon dan serai di dalam jug dan isikan air sejuk sehingga setengah. Kemudian, masukkan madu dan kacau rata. Selepas itu, tambah ais. Sedia dinikmati.

Penghilang dahaga paling fresh abad ini : Air lemon + madu + serai ais yang sedap gila!
Penghilang dahaga paling fresh abad ini : Air lemon + madu + serai ais yang sedap gila! 

Penghilang dahaga paling fresh abad ini : Air lemon + madu + serai ais yang sedap gila!
Penghilang dahaga paling fresh abad ini : Air lemon + madu + serai ais yang sedap gila! 

Mesti korang tengok dalam gambar tu tak nampak serai pun kan. Sebenarnya, cikla guna madu lebah yang ditambah dengan serai. Kalau korang guna madu asli tu, korang kena tambah serai sendirilah sebab nak dapatkan rasa dan bau serai tu.

Antara khasiat yang terkandung di dalamnya, adalah seperti berikut :

Lemon (Sumber SINI) :

-Membantu melancarkan proses pencernaan. 
-Menguatkan imunisasi dan ketahanan tubuh melawan penyakit. 
-Membantu menurunkan berat badan (perlu konsisten). 
-Boleh dijadikan cleanser untuk membersihkan wajah.

Madu (Sumber SINI) :

-Membantu mengurangkan batuk dan demam. 
-Menguatkan sistem pertahanan badan. 
-Membantu menurunkan kadar kolesterol. 
-Membantu menguatkan akar rambut. 
-Meningkatkan stamina.

Serai (Sumber SINI) :

-Bagus untuk proses detoksifikasi. 
-Untuk aromaterapi. 
-Meningkatkan metabolisme dan membakar lemak (bagus untuk mereka yang sedang berdiet). 
-Mengatasi masalah bau badan.

Sebenarnya, banyak lagi khasiatnya tau, ini sebahagian je yang cikla share. Kalau korang nak tau sedap ke tak, ke nanti korang ingat cikla auta pulak, korang cubalah sendiri. Haha. Seriously, memang sedap. Segar je tekak minum.

Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

12 Comments

  1. Sedap ne air lega tekak lagi-lagi cuaca panas sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Miza.. rasa sejuk je lalu kt tekak.hihi

      Delete
  2. Akk pernah buat minuman ni..mmg sedap terlajak lebih² lf lf slm cuaca panas skrg ni...laju je 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikla baru-baru ni je rajin buat. Itu pun memula main campur2 ikut suka je.tp bila try, sedap pulak..tu yg terluka tanpa sengaja tu...

      Delete
  3. dahlah tengah musim tadak air ni..tengok pulak gambar air cikla buat...mahu tak terliur! kena try buat jugak ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tmpt Sofie kena jugak ye... bertabahlah... tp air ni mmg Sofie kena try... sedap sgt...

      Delete
  4. terasa dahaga plak tgk lemon ais ni

    ReplyDelete
  5. Penghilang dahaga musim panas-panas ni

    ReplyDelete
  6. nampak sedap..blh try ni..hehehe

    ReplyDelete
  7. ni mcm minuman detox ekk :)
    aida punyer resepi, masukkan hirisan halia skit, cikla.
    minum 2-3 kali seminggi, sebelum tido.
    minum suam-suam.

    ReplyDelete