Si lidah buaya yang ajaib.

By Cikla Shahril - May 24, 2016

Kemagikan si lidah buaya ni rasanya tak boleh nak disangkal lagi. Sejak dulu lagi, keajaibannya telah diakui. 

Bermula dari zaman Cleopatra, kemudian zaman Greek kuno sehinggalah ke kaum peribumi Amerika semuanya telah menggunakan lidah buaya ni dalam bidang kesihatan mahupun kecantikan.

Si lidah buaya yang ajaib.
Si lidah buaya yang ajaib. Kredit Google. 

Daun lidah buaya *nama saintifiknya aloe barbadensis mill atau lebih dikenali sebagai aloe vera menyerupai sebilah pedang yang bergerigi di tepinya. 

Pokoknya pulak takde batang, dan ia dikatakan mengandungi protein, kalsium, magnesium, zink, vitamin A, B12 dan E, serta asid lemak tepu.

Naturalnya, lidah buaya ni mengandungi vitamin C yang mampu mengekalkan keadaan normal salur darah dan baik untuk kesihatan kelenjar adrenal *sokong badan semasa hadapi tekanan. 

Ia juga mengandungi asid amino yang membantu membina protein dalam badan. Enzim-enzim yang terdapat di dalamnya pula boleh merangsang kesihatan kulit dan meremajakan tisu kulit yang berusia. Estrak daunnya dikatakan bersifat antiparasit.

Gel dari daun lidah buaya ni biasanya digunakan dalam kecantikan dan perubatan, iaitu salah satu caranya adalah dengan menjadikannya sebagai jus

Kalau kita selalu minum jus lidah buaya ni, ia dikatakan boleh membekalkan bekalan antioksidan kepada badan, yang mana ia akan meningkatkan sistem kekebalan badan terhadap penyakit.

Selain itu, jus lidah buaya ni jugak dikatakan boleh bantu membersihkan sistem pencernaan secara semulajadi, di samping ia dijadikan sebagai minuman pelega.  Ia juga boleh bekalkan tenaga dan kekalkan berat badan ideal. *wah, bagus untuk orang nak berdiet ni

Si lidah buaya yang ajaib.
Si lidah buaya yang ajaib. Kredit Google.

Jus lidah buaya yang mempunyai serat semulajadi mampu membantu pencernaan dan perbaiki pergerakan usus, di samping ia juga dikenali sebagai 'julap semulajadi' yang mampu merawat sembelit dan mengurangkan keradangan badan serta melegakan kolitis berulser ringan sampailah sederhana.

Tapi, korang kena ingat lidah buaya ni ada 2 jenis bahan iaitu gel dan getah. Untuk membezakan keduanya adalah, gel berbentuk jernih macam agar agar yang terdapat di dalam daun. Manakala, getah pulak berwarna kuning yang terdapat di bawah kulit pokok. So, jangan confius pulak ye. Lain tu.

Sumber : Ruangan Khasiat Alami.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Ooo jus lidah buaya ada eh? Boleh membantu siqah juga tu. Kena dengan fungsinya terutama sembelit. Hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikla selalu minum jus yang dicampur dengan potongan kecil aloe vera. Mmg dh byk dijual dah minuman mcm ni...

      Delete
  2. Getah kuning tu yg pahit... Tapi bagus utk sembuhkan luka..

    ReplyDelete