JANGAN merokok semasa mengandung!

By Cikla Shahril - April 20, 2016

JANGAN MEROKOK SEMASA MENGANDUNG! Mungkin ada sesetengah ibu yang masih lagi merokok walaupun sedar dirinya mengandung. Mereka sedar akan bahaya merokok pada diri dia dan baby tapi masih lagi menghisap rokok, mungkin disebabkan ketagihan. Issh isshh ishh.. Seeloknya, berhentilah. Semuanya demi kebaikan diri dan tentunya anak dalam kandungan tu. Bukan apa, kesannya bukan hanya sebelum dan semasa mengandung, tapi selepas baby dilahirkan jugak.

JANGAN merokok semasa mengandung!

JANGAN merokok semasa mengandung!
JANGAN merokok semasa mengandung!  Image credited to google.

Kita semua mesti dah tau kan, dalam sebatang rokok ada bermacam-macam bahan kimia yang bertoksin dan berbahaya *nikotin dan karbon monoksida dan sebagainya. Semua bahan kimia berbahaya tu akan dibawa melalui saluran darah si ibu dan menjejaskan perkembangan baby melalui uri dan tali pusatnya. Ia boleh memberi kesan buruk kepada ibu dan baby, dengan;

  1. Kurangkan jumlah oksigen yang disediakan untuk ibu dan baby yang sedang membesar dan ini akan meningkatkan kadar denyutan jantung baby.
  2. Tingkatkan risiko keguguran dan semasa kelahiran nanti malah ia meningkatkan risiko kelahiran pra-matang.
  3. Risiko baby yang lahir mempunyai berat badan yang rendah serta menjejaskan perkembangan sistem pernafasan *lungs baby malah ia meningkatkan risiko baby yang lahir mengalami kecacatan. Nauzubillah....

Tapi, untuk ibu yang tak merokok, berhati-hati jugak dengan asap rokok yang datang dari orang berhampiran kita, sebab asap ini juga boleh menjejaskan baby. Asap terpakai *secondhand smoker yang wujud dari gabungan asap rokok yang sedang terbakar dan asap yang dihembuskan oleh perokok.

Kalau ibu-ibu nak tau, asap yang membakar hujung rokok itu sebenarnya lebih berbahaya sebab mengandungi tar, karbon monoksida, nikotin dan lain-lain. Antara kesan buruk pada baby adalah; kanser paru-paru, penyakit jantung, alahan, asma, dan masalah lain. Ia juga boleh mengurangkan fungsi lungs baby dan ia berisiko menyebabkan kematian mengecut baby.

JANGAN merokok semasa mengandung!

Ada tips ke nak berhenti merokok semasa hamil? Ada. Mestilah ada. Meh baca ni;
  1. Pastikan tangan dan perut mengunyah gula gula getah atau buahan *ni yang paling eloklah untuk ibu hamil untuk mengalihkan fikiran dan melupakan rokok. 
  2. List reminder note sebab sebab kita perlu berhenti merokok dan bacanya bila kita berkeinginan untuk menghisap rokok.
  3. Yakin diri dan kuatkan azam serta tekad untuk berhenti merokok, semuanya untuk kebaikan diri dan baby jugak.
  4. Keluarga dan suami perlu bagi sokongan pada si ibu untuk kuatkan lagi semangat mereka. Jumpa kaunselor dan doktor untuk dapatkan nasihat.
  5. Jauhkan diri dari perokok, basuh tangan dan mandi dengan kerap.
  6. Berdoalah supaya sentiasa dikuatkan azam dan usaha untuk 'meninggalkan' rokok buat selamanya.

Semoga info ini bermanfaat untuk ibu-ibu khususnya. 

Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.

  • Share:

You Might Also Like

0 Orang yang komen.

[PERINGATAN]Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.
[PENAFIAN]www.ciklapunyabelog.blogspot.my dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.