'santai tapi sampai'

Buah pisang kaki? Rupanya macam pisang biasa ke? Ke ada kaki?  * dah fikir sampai ke situ pulak dah .. Hehe . Seriously , cikla belu...

Siapa pernah makan buah pisang kaki?

Buah pisang kaki? Rupanya macam pisang biasa ke? Ke ada kaki? *dah fikir sampai ke situ pulak dah.. Hehe. Seriously, cikla belum dan tak pernah makan buah ni. Entah macam mana rasanya kan? Memang rupanya tak macam pisang pun. Kalau orang tak tau, mesti ingat bukan pisang. Mungkin mereka ingat buah tomato barangkali. Hehe.

Sebenarnya buah ni merupakan buah eksotik dan ia dikatakan mengandungi banyak kebaikan. Buah unik ni berbentuk bulat, isinya rangup dan berbiji. Berasal dari keluarga Ebenacea, masyarakat dunia memanggilnya dengan nama Persimmon, Oriental Persimmon, Japenese Persimmon dan KakiBiasanya buah ni berwarna kuning berkilat dan jingga.

Tapi, sebenarnya banyak spesis pisang ni rupanya, antaranya spesis pisang kaki hitam (Diospyros digyna) berasal dari Mexico, yang mana masa muda ia berwarna hijau dan berisi putih tapi bila dah masak ia bertukar hitam.  Manakala, spesis Mabolo (Diospyros discolour) pulak berasal dari Filipina dan China, yang mana ia akan bertukar menjadi merah bila masak. Tapi, spesis pisang kaki dari Amerika (Diospyros virginiana) yang mana ia berasal dari Amerika Syarikat dikatakan lebih kaya dengan vitamin C dan kalsium berbanding spesis pisang kaki lain.

Siapa pernah makan buah pisang kaki?
Siapa pernah makan buah pisang kaki? Image credited to google.

Kalau korang nak tau, buah ni boleh dimakan mentah atau dimasak, dan buah ni pahit kalau dimakan muda *sebab kandungan tannin yang tinggi dalamnya

Tapi, bila ia dah masak, tannin yang ada di dalamnya berubah terus dan rasa pahit pun hilang. Buah ni mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, manakala buah yang fresh mengandungi antioksidan *vitamin A, beta karotena, lycopene, lutein, zeaxanthin dan cryptoxanthin. Ia juga turut mengandungj vitamin B-kompleks *asid folik, pyridoxine (vitamin B-6) dan thiamin.

Selain vitamin, buah ni mengandungi mineral seperti kalium, mangan, tembaga dan fosforus. Erm, banyak zat-zat tersembunyi dalam buah ni rupanya. Bagus-bagus. Antara kebaikan buah pisang kaki ini adalah, ia merupakan buah yang rendah kalori *70cal/100gm, dan rendah lemak jugak, tapi ia kaya dengan sumber serat. 

Ia juga mengandungi antioksidan fitokimia flavonoid polifenik *catechins (dikatakan mengandungi kandungan anti jangkitan, anti keradangan dan anti pendarahan) dan gallocatechins dan sebatian snti tumor asid betulinicAda kajian jugak menunjukkan buah pisang yang dikupas mengandungi fitokimia *proanthocyanidin yang berguna untuk melindungi sel-sel menentang kerosakan pengoksidaan berkaitan dengan penuaan. 

Selain itu, buah pisang kaki ini turut digunakan dalam perubatan tradisional yang mana ia dicampur dengan herba lain. Ia dikeringkan dan dijadikan ubat tradisional merawat cirit birit, buasir, jangkitan peparu dan asma. 

Caranya, cuma ambil buah pisang ni, kemudian kupas kulitnya dan jemur buah di bawah matahari. Tekan buah ini sampai jadi leper dan kemudian jemur sampai warna putih berkabut muncul serta meliputi seluruh permukaan buah.

Semoga info memberi kita sedikit ilmu. Bak kata orang pengetahuan am kan. Lepas ni kalau orang cerita pasal buah pisang kaki takde 'blur' kan.

Sumber : Ruangan khasiat alami.

8 comments:

  1. pernah tengok dalam runningman je buah ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikla memang selalu nampak buah ni kat tesco. Tp mcm tak teringin pulak nak beli.. First time tgk mmg pelik.. Nama buah pisang, tp bentuk bulat pulak... Hihi

      Delete
  2. Pernah makan! Sedap buah ni dimakan mentah sahaja :D

    ReplyDelete
  3. Suka makan buah pisang kaki ni yang dah masak tapi still crunchy. Baru tahu kalori dia rendah, kalau diet boleh makan ni. haha

    ReplyDelete
  4. Saya belum pernah mbak, mendengar namanya saja baru kali ini mbak :D ini buah dari negara mana ya mbak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya buah ni berasal dr Filipina dan China... Waallahualam..

      Delete