Serlah kecantikanmu dengan tidur malam.

By Cikla Shahril - April 24, 2016

SERLAH KECANTIKAN DENGAN TIDUR MALAM. Ramai orang cakap, tidur yang cukup memang penting. Ia akan membuatkan kita lebih segar, bertenaga dan meredakan tekanan yang dialami dalam melakukan tugas seharian. Tidur sekitar 7-8 jam diperlukan oleh individu dewasa sebab ini akan beri masa pada otot badan dan minda kita untuk berehat. Sebenarnya tidur yang cukup bukan saja beri kesan yang baik pada kesihatan malah pada kecantikan jugak. Natural beauty kata orang. Jom baca, cikla nak share apakah kebaikan yang kita boleh dapat dengan tidur malam yang cukup.

Serlah kecantikanmu dengan tidur malam.

Serlah kecantikanmu dengan tidur malam.
Serlah kecantikanmu dengan tidur malam. Sumber Google.

Tidur yang cukup dapat meningkatkan pemikiran dan memori kita sebab mendapat rehat yang cukup. Ia juga penting untuk memastikan daya ingatan kita kuat dan elakkan lupa. Kalau korang nak tau, waktu tidur sebenarnya mempengaruhi berat badan ideal seseorang. Ada kajian mengatakan orang yang mendapat tidur yang cukup lebih senang menurunkan berat badan. So, jangan pandang ringan tau. Hehe...

Selain itu, tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan yang dialami. Tekanan yang tak dikawal akan menyebabkan kita berisiko mendapat penyakit jantung. Kalau kita tak cukup tidur, dikhuatiri akan mengganggu tumpuan kita, tak kiralah ketika kita berada di tempat kerja atau lebih bahaya jika sedang memandu. Bahaya tau. Selain tu, kurang tidur akan menyebabkan kita mudah penat dan mengundang kemalangan. Berhati hatilah....

Sebenarnya, kalau kita cukup tidur akan menjadikan kita nampak lebih segar dan gembira. Tidur yang cukup akan membuatkan kita rasa happy dan terhindar dari kemurungan. Bagi cikla, kita memang kena ambil serius soal waktu tidur. Jangan pandang rendah pasal hal ni. Lagipun, kalau tidur kita cukup, ia bukan saja baik untuk kesihatan malah ia akan menyerlahkan kecantikan semulajadi kita.  So, jangan kurang tidur tau... 

Sumber : Ruangan Hati.

  • Share:

You Might Also Like

3 Orang yang komen.

  1. Jom tidur sekarang! Hihi.

    ReplyDelete
  2. ye betul tu.. kalo tidur cukup bila bangun mesti segar spjg hari..
    kita bw dari http://www.mialiana.com/2016/04/senarai-url-blog-23.html

    ReplyDelete
  3. Baru tahu dapat menurunkan berat badan yee..

    ReplyDelete

[PERINGATAN]Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.
[PENAFIAN]www.ciklapunyabelog.blogspot.my dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.