Apa yang kita tau kalau nak tengok pelangi kena waktu siang sebab ia memerlukan sinaran matahari bila adanya gerimis atau selepas hujan berhenti. Tapi, ini memang pelik tapi benar. Ada ke pelangi waktu malam? Macam mana boleh jadi camtu pulak ye. Hmmm, sebenarnya ini memang betul betul berlaku, dan ia dikenali sebagai Moonbow.
Ia berlaku hasil pantulan, pembiasan dan penyebaran cahaya dari bulan yang bertindakbalas dengan titisan air hujan. *masa sekolah dulu pernah jugak belajar pasal pantulan pembiasan ni semua. Masa terbaik kalau nak tengok Moonbow adalah masa bukan penuh sebab cahaya diperlukan dalam jumlah yang banyak untuk menghasilkan pelangi.
Pelangi waktu malam? Kredit Wikipedia.org |
Bulan pulak kena berada pada titik rendah *kedudukan 42° di langit pada waktu malam selepas hujan. Tapi, Moonbow lain sikit dari pelangi yang terhasil dari pembiasan cahaya matahari sebab Moonbow nampak macam warna putih dan tak jelas sangat kalau dilihat pada mata kasar.
Cara terbaik nak tengok pelangi waktu malam atau Moonbow adalah dengan melihat pada air terjun dengan kedudukan kita berdiri antara air terjun dan bulan penuh di belakang kita. Fenomena ni selalu terjadi di Yosemite Falls *yang paling popular, California, Cumberland Falls, Kentucky, USA dan di Victoria Falls, Afrika. Musim luruh dan panas adalah masa sesuai untuk saksikan spektrum cahaya Moonbow.
Sesungguhnya sungguh besarnya kuasa Allah. Jika Dia berkehendakkan sesuatu terjadi, makan terjadilah. Nikmatilah dan syukurilah nikmat keindahan alam kurniaanNya.
Moga kita akan lebih menginsafi akan kebesaran dan keagunganNya. InshaAllah.
Sumber : Ruangan Cerita Pelik Seluruh Dunia.
Cantiknyaaaa~~
ReplyDelete