Penjagaan janin dalam kandungan sebenarnya kena lebih teliti. Kalau ibu-ibu semua nak tau, janin juga mudah terdedah dengan alahan yang berjangkit melalui ibunya.
Alahan dikatakan mudah berlaku ketika dalam trimester terakhir, dan ada beberapa sebab yang mungkin menjadi penyebab kepada kejadian ini.
Kajian mengatakan ada beberapa jenis punca alahan yang menjadi penyebab, iaitu dari pemakanan, pernafasan, kulit, logam dan ubatan.
Apakah penyebab alahan ni? Ia dipanggil alergen *bahan protein atau bukan protein yang menyebabkan alahan.
Bila terdedah kepada alergan, tindakbalas alergik akan berlaku. Walaupun begitu, belum ada kajian menyeluruh kaitan pembawaan faktor pemakanan yang dapat membuktikan kenyataan di atas.
Ibu mengandung sebenarnya tak perlu nak ubah corak pemakanan mereka, cuma mereka perlu mengawal pengambilan iaitu dalam kuantiti sederhana.
Faktor genetik juga boleh jadi penyebab alahan ni. Ada sesetengah ibu bapa yang mempunyai keluarga yang ada alahan, so kena jaga-jaga sebab alahan memang boleh diwarisi.
Kalau kandungan dah 6 bulan memang kena berhati-hati khususnya dalam pengambilan makanan yang mungkin akan menyebabkan alahan.
Persiapkan diri untuk penyusuan susu ibu, sebab kaedah ini merupakan cara terbaik untuk menghindari alahan pada baby. *bila dah lahir nanti.
Ibu mengandung yang terdedah pada asap rokok juga kena berhati-hati, tak kiralah sama ada suami atau ahli keluarga yang merokok atau si ibu itu sendiri yang merokok.
Ibu mengandung yang terdedah pada asap rokok juga kena berhati-hati, tak kiralah sama ada suami atau ahli keluarga yang merokok atau si ibu itu sendiri yang merokok.
Hal ini akan menyebabkan baby dilahirkan dengan berat badan yang kurang, ditambah pulak dengan keadaan paru-paru yang tak matang.
Walaupun ini takde kaitan dengan masalah alahan si kecil, tapi ada kajian mengatakan baby yang lahir dalam keluarga yang ada sejarah alahan dan terdedah kepada asap rokok berisiko mendapat allergic rhinitis bila baby berusia setahun.
Semoga info ni akan memberi sedikit ilmu dan pengetahuan pada ibu khasnya ibu-ibu baru.
Semoga info ni akan memberi sedikit ilmu dan pengetahuan pada ibu khasnya ibu-ibu baru.
Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.
PC belum ada pengalaman hamil...tapi kawan kawan yang dah ada pengalaman ada juga kongsi ilmu...selagi boleh...usaha jaga kesihatan sebaiknya semasa hamil...terima kasih ya perkongsian ini...
ReplyDeleteTerima kasih untuk info ni. Selama ni tengok orang mengandung rasa seronok je. Rupanya banyak benda nak kena jaga semua.
ReplyDeleteTerima kasih atas infonya
ReplyDelete