Nak miliki anak IQ tinggi? Cuba ni...

Siapa yang tak nak ada anak dengan IQ tinggi kan? Cikla percaya semua orang mahukannya. Sebenarnya, tak mustahil pun, dan 'usaha' boleh dimulakan sejak baby dalam kandungan lagi. Jom kita baca apakah ia;

Rangsangan visual; 

Rangsangan seperti tengok gambar, memandang pemandangan yang cantik dan melukis boleh menyebabkan baby merasakan apa yang si ibu rasa. 

Sebenarnya ketenangan dari apa yang dilihat oleh si ibu boleh merangsang peningkatan IQ baby.

Ajak baby *janin berbual; 

Kalau ibu ibu nak tau, baby *usia 23 minggu ke atas dalam kandungan mampu mendengar, melihat cahya dan beri respons melalui movement

Walaupun ini semua agak terhad, tapi baby sudah dapat beza antara suara ibu dan ayahnya. Itu sebab, si ibu digalakkan mendengar alunan ayat suci Al Quran di samping ia akan beri rasa tenang pada si ibu.

Rangsangan cahaya; 

Dekatkan cahaya yang redup di perut ibu sebab ia mampu merangsang baby

Tapi, elakkan cahaya yang terang sangat sebab keadaan ni boleh ganggu 'kenyamanan' baby. Kalau ada gerakan yang dihasilkan oleh baby, itu maknanya baby bagi respons pada kita.

Makan makanan berkhasiat; 

Ini adalah yang paling penting dan dapat menjaga kesihatan baby jugak. 

Sebaiknya, makan makanan yang tinggi lemak omega 3 *seperti ikan tuna, salmon dan ikan air tawar dan DHA *seperti daging dan kuning telur sebab ia dapat tingkatkan perkembangan otak baby.

Elak stres; 

Seeloknya ibu mengandung elakkan diri dari stres berlebihan sebab ia memang beri kesan. Kalau perlu buat latihan pra-natal/yoga untuk urus stres anda.  Lagipun ia mampu buat baby lebih relaks dan sekaligus tingkat kecerdasan otak baby.

Rasanya tak salah mencuba kan? Walaupun baby masih lagi belum faham apa yang si ibu lakukan, tapi sebenarnya memang akan wujud special relationship yang sukar difahami, antara si ibu dan baby nya.

Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews