Pembantu rumah VS ibu bapa, anak macam mana?

By Cikla Shahril - April 21, 2016

Memang tak dinafikan zaman sekarang ni kebanyakan ibu berkerja. Mungkin disebabkan tuntutan hidup di samping dapat meringankan sedikit tanggungan si suami. 

Orang cakap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tapi, semuanya perlu ikhlas dan demi keluarga dan anak-anak. Betul tak?

Kebanyakan ibu bapa juga ada yang mengambil pembantu rumah untuk meringankan kerja-kerja rumah di samping membantu menguruskan 'keperluan' anak-anak. 

Memanglah tugas pembantu rumah itu untuk 'membantu' menguruskan rumah *apa yang sepatutnya, tapi jangan biar sampai pembantu itu mengambil alih sepenuhnya tugas kita sebagai ibu bapa terutama dalam menguruskan anak-anak dan mendidik mereka.

Walau sesibuk mana pun kita, jangan abaikan mereka. Cuba curi masa dan bahagikan masa sebaiknya untuk beri perhatian kepada mereka, sekurang-kurangnya bertanyakan hal sekolah dan aktiviti mereka hari itu.

Sebenarnya, ada beberapa hal yang ibu bapa mesti 'alert'. Mungkin kita menyuruh pembantu rumah memasak untuk anak kita, tapi kalau boleh tugas 'memberi' makanan itu kepada mereka perlulah kita.

Suap dan layan anak-anak kita makan sebab sambil-sambil kita suap anak kita, kita, boleh ajar mereka baca doa sebelum makan dan memberitahu mereka apakah adab-adab semasa makan. Hal ini juga dapat membina 'ikatan' yang kuat dan erat antara ibu dan anaknya.

Selain itu, mungkin kita menyuruh pembantu rumah memandikan anak kita, tapi masa pakai baju tu biarlah kita yang buat. 

Pembantu rumah VS ibu bapa, anak macam mana?
Pembantu rumah VS ibu bapa, anak macam mana? Kredit Google. 

Sambil-sambil kita pakaikan anak kita baju, kita boleh tengok keadaan fizikal anak kita manalah tau kot-kot ada benjol ke, lebam ke, luka ke kat badan mereka. 

Kalau anak kita dah remaja kita boleh ajak mereka makan bersama selepas mandi atau solat berjemaah bersama sama.

Di samping itu, pada pendapat cikla ini yang paling penting, masa anak kita sakit atau demam. Jangan biarkan tanggungjawab menjaga anak kita itu kita serahkan bulat-bulat pada pembantu.  

Kalau anak demam, ibu kena selalu periksa suhu badan anak, dan kalau perlu selalu lap atau mandikan mereka kalau suhu badan meningkat.

Bagi mereka makan ubat sebab orang cakap kalau anak sakit memang perlukan lebih kasih sayang dan perhatian dari ibubapanya. Perhatian dari ibubapa adalah magis kesembuhan anak-anak. Tak percaya? Cubalah.

Walaupun tugas mengemas rumah adalah tugas pembantu *sesetengahnya tapi, hal-hal yang berkaitan dengan 'perasaan' mestilah menjadi tanggungjawab ibubapa. 

Seeloknya cuba luangkan masa untuk anak walaupun dengan hanya menonton tv, menemankan anak menyiapkan kerja sekolah mereka dan 'bercerita' sebelum mereka nak tidur.

Ini dapat mengeratkan hubungan keduanya dan dapat menjadikan si anak merasakan ibu dan bapanya sentiasa beri perhatian dan ada masa untuk mereka.

Bagi cikla, si pembantu rumah bukan tak boleh nak 'rapat' dengan anak majikan mereka, tapi semuanya perlu ada batas dan had. Si ibu dan si bapa pulak kena selalu amik tau hal anak-anak supaya mereka tak rasa tersisih dan terabai dek kerana kesibukan ibu dan bapa mereka. 

Sumber : Ruangan Hati.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Betul tu awak. Walaupun ada pembantu rumah, sebagai ibu, kita kena luangkan masa dengan anak2. Tambah lagi bab makan..

    ReplyDelete