'Santai Tapi Sampai'

30 April 2016

Wow, begitu hebatnya si limau purut ni...

Siapa yang kenal limau purut, angkat hidung. Hehe. Tipulah kalau ada yang tak kenal kan. Kalau cikla, selalu guna daun limau purut kalau nak masak tomyam atau paprik. 

Kalau buahnya pulak, kadang-kadang cikla guna masa mandi dan cuci rambut. Memang wangi je baunya. Tapi, ada jugak orang gunakan daun limau purut ni sebagai pengawet makanan. Jom kita kenal kenal dengan si limau purut ni.

Nama botaninya adalah Citrus Hystrix dan dikenali jugak dengan nama inggeris Kaffir Lime. 

Ia merupakan tanaman semulajadi di kebanyakan negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Kalau kat kampung-kampung, ia biasa ditanam di sekitar rumah sebab baunya yang wangi dan unik.

Daunnya mudah dikenali sebab warna daunnya hijau pekat dan berbentuk macam nombor lapan. 

Buahnya pun dapat dikenali dengan mudah sebab buah yang dah masak berwarna kuning berbentuk macam buah pir. Kulitnya pulak berkedut, tebal, dan isinya tak berapa berair.

Biasanya limau purut ni memang tak mengeluarkan jus yang banyak tapi setitis jusnya setanding dengan 10-15 titik bau dan rasa masam jus limau nipis. 

Ini kerana didalamnya mengandungi alkaloids, citronellol, limonene, nerol dan sebatian organik. 

Wow, begitu hebatnya si limau purut ni...
Wow, begitu hebatnya si limau purut ni...

Ada kajian mengatakan limau purut mempunyai sifat antipertumbuhan kuman, boleh halang pembesaran sel kanser, kurangkan tanda-tanda alahan dan tekanan darah tinggi serta meningkatkan nafsu makan. 

Daunnya yang bersifat antihistsmin, antispasmodik dan hipertensif dikatakan boleh digosok pada gusi dan gigi untuk menyihatkan gigi. 

Ekstrak minyak daripada daunnya pula sering digunakan dalam sabun dan syampu. Air buah limau purut ni pulak boleh digunakan untuk mencuci pakaian, dan ia jugak digunakan sebagai peluntur semulajadi menghilang kotoran degil pada pakaian.

Aroma dari daunnya dikatakan boleh beri kesan rasa awet muda. Cuma tambahkan beberapa titis minyak atau hancurkan beberapa helsi daun limau purut dalam air mandian kita, dan ia turut digunakan sebagai bahan untuk mandi wap, di samping minyaknya digunakan untuk bantu masalah pencernaan dan membersihkan darah. 

Ekstrak minyak patinya jugak digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan kesan gigitan serangga berbisa dan merangsang peredaran darah.

Wah, begitu banyak kelebihan limau purut ni kan. Kalau sebelum ni yang kita tau daun limau purut digunakan dalam masakan je, rupanya banyak lagi kegunaan dan kelebihannya kan.

Semoga perkongsian ni beri kita sedikit info pasal cik limau purut ni. 

Sumber : Ruangan Khasiat Alami.

4 comments: