Janji lelaki: besarnya tanggungjawab.

Sebagai khalifah yang diberi 'kelebihan' sikap dan sifat yang gagah dan kuat itu sepatutnya digunakan sebaik mungkin. Jangan salah gunakan kelebihan yang diberi dengan menganiayai dan mengasari insan yang lemah. Jadikan ia sebagai kelebihan untuk melindungi dan membantu.

Sebenarnya mungkin ramai lelaki 'lupa' akan janji mereka dengan Allah supaya menjadi pelindung kepada wanita. Tapi ada segelintir yang kejam, rakus dan mengasari orang lain. Ingatlah pada amanah dan tanggungjawab.

Mungkin semua dah tahu yang lelaki bujang kena tanggung dosa mereka sendiri bila sudah akil baligh, tapi kalau perempuan pulak, selagi mereka belum berkahwin, dosa mereka ditanggung oleh bapa mereka.

Apa mereka dah berkahwin pulak, mereka perlu menanggung dosa mereka, dosa isteri mereka dan dosa anak perempuan mereka yang belum berkahwin, dan dosa anak lelaki mereka yang belum baligh. 

Tengok berapa ramai yang perlu mereka tanggung kan?

Tanggungjawab mereka terhadap ibu adalah berterusan walaupun mereka dah berkahwin. Kalau tanggungjawab tak dijalankan, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua. 

Tapi, kalau anak perempuan kalau dah berkahwin, hanya perlu taat pada suaminya. Kalau isteri buat baik, pahalalah baginya, tapi kalau isteri buat tak baik, dosa suaminya yang tanggung.

Janji lelaki: besarnya tanggungjawab.
Janji lelaki: besarnya tanggungjawab.  Image credited to google.

Soal nafkah pulak, suami mesti memberinya pada isteri, sebab itu adalah kewajipan mereka terhadap isteri. 

Tapi, isteri boleh bantu suami. Kalau ada yang tak tau, suami tak boleh tanya pendapatan isterinya *kalau isteri berkerja nak-nak pulak suami guna duit isteri tanpa izin isteri. Memang tak boleh.

Kesimpulannya, di akhirat nanti si lelaki akan dipertanggungjawabkan kepada 4 perempuan ini, iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya

So, ingatlah para lelaki semua. Kalau awak semua mengabaikan tanggungjawab ni, awak semua akan dipersoalkan nanti. Lindungilah perempuan sebaiknya dan bukannya mereka ditindas dan dianiaya. 

Sumber : Ruangan Dunia Lelaki.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews