Advertisement

Pasangan kaki putar belit? Nak buat macam mana?

PASANGAN KAKI PUTAR BELIT? NAK BUAT MACAM MANA? Amboi, tajuk entri bukan main lagi ye. Main belit-belit pulak, ulaq sawa ka. Hehe. Tapi, memang tak dinafikan ada orang yang kaki putar belit kan. Nak-nak pulak kalau pasangan yang dah berkahwin. Macam manalah agaknya mereka 'menangani' orang macam ni kan. Kesian kan?

Asyik kena 'kencing' je kata orang sekarang. Erm, orang cakap masa bercinta semuanya indah saja. Bila dah kawin yang indah hilang entah ke mana. Tapi kalau dah sayang, semuanya ditelan walaupun pahit. Betul tak?

Memang tak dinafikan memang sedih kalau kita tau kita 'dibelit' oleh pasangan kita. Depan kita pijak semut pun tak mati, tapi belakang kita? Allah ajelah yang tahu apa yang berlaku. MasyaAllah. Mana ada orang yang sanggup ditipu dan menjadi pak turut. *mungkin ada segelintir. Tak pe, jangan risau. Tak mau sedih-sedih. Apa kata kita cuba cara ni...

Pasangan kaki putar belit? Nak buat macam mana?

Kalau kita sedar yang pasangan kita macam dah berubah je, tak salah kot sekali sekala kita jadi 'penyiasat' dan siasat kenapa dia jadi macam tu. Tak kiralah suami atau isteri, biasanya gerak hati ni selalunya betul, sebab Allah anugerahkan deria keenam untuk kita rasai dengan naluri setelah terjalinnya ikatan dua hati.

Bila dah siasat dah 'bukti' terkumpul berbincanglah secara demokrasi. Letak 'emosi' negatif sejauh mungkin, sebab kalau kita terlalu beremosi dah tentu pertelingkahan berlaku. Sudahnya kita tak dapat tau apa yang sebenarnya berlaku dan si dia pun langsung tak mengaku semua perbuatannya. 

Tanyalah kepada pasangan dengan suara yang sederhana dan ajukan soalan dengan baik. Jangan emosi dengan meninggikan suara. Macam cikla cakap sebelum ni, cuba kawal rasa marah geram dan semua perasaan negatif yang timbul. Memanglah tak boleh nak elak rasa semua tu, tapi dengan cara ni (buang emosi marahjauh-jauh), pasangan kita mungkin akan menjawab semua pertanyaan kita.

Kalau dia terus menipu, lakukan sesi soal jawab dalam posisi berhadapan. *kita dan pasangan menghadap muka masing-masing. Bila dia jawab soalan kita, perhatikan semua gerak geri dan riak mukanya. Orang cakap apa yang tersirat boleh diterjemahkan melalui bahasa tubuh. Kalau dia masih berdalih, apa lagi keluarkan semua 'bukti' yang dah dikumpulkan. Tengok gelabah ke tidak dia masa tu. Huhu....

Ambil cara dengan 'berdiam diri'. Ia nampak mudah tapi amat memerlukan kekuatan mental, fizikal, spiritual dan emosi yang sangat utuh. Walaupun, kita tau apa yang berlaku, tapi tindakan yang diambil hanyalah 'pejamkam mata, pekakkan telinga'. Alasannya sebab tak nak bergaduh. Tapi, kesannya tentu kepada emosi kita jugak kan. Tapi, sampai bila kita boleh bertahan. Bak kata orang, 'lama-lama meletus jugak gunung berapi'.

Fikirkanlah ye.

Sebenarnya, kita tak kan mampu 'simpan' masalah ni sorang-sorang. So, kongsilah masalah dengan orang yang boleh dipercayai. Walaupun mereka tak dapat nak bantu pun, sekurang-kurangnya ringan sikit 'beban' yang kita tanggung....

Pasangan kaki putar belit? Nak buat macam mana?
Pasangan kaki putar belit? Nak buat macam mana? Image credited to google.

Beri peluang kedua, walaupun ia perit. Walaupun kita memberi banyak peluang kepadanya tapi dia masih tak berubah, manalah tau peluang kesepuluh dia terbuka hati untuk berubah. Memanglah kita sakit hati kan, tapi apa salahnya kita berdoa supaya dia akan berubah menjadi lebih baik.

Tapi, kalau kita tekad untuk tak berpaling lagi padanya teruskanlah niat tu sebab kadang-kadang dalam keadaan tertentu kita 'terpaksa' melakukannya jua. Mungkin ini akan menjadi pengajaran pada dia juga. So, semuanya di tangan kita.

Bagi cikla, memang takde manusia yang sempurna melainkan Dia. Tapi, orang cakap sabar itu ada batasnya. Selama mana kita boleh bersabar dan 'menghadap' perangai pasangan yang macam tu. Fikirlah dan ambil jalan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

Kalau boleh kita tak nak wujud dendam atau sakit hati di kemudian hari. So, fikir fikirkanlah ye... 

Sumber : Ruangan Psikologi Perkahwinan.

Post a Comment

2 Comments