Alamak, muka ada parut...

By Cikla Shahril - April 05, 2016


Tak kiralah parut di muka atau di badan mesti kita rasa macam risau je kan. Nak-nak pulak kalau dekat muka. Rasa rendah diri pun ada. Segan, malu dan kadang-kadang rasa nak jumpa orang pun macam tak nak je kan. 

Malah, ada sesetengahnya pulak bermekap tebal sebab nak tutup parut yang ada. Tapi sampai bila nak buat macan tu ye tak? Natural beauty itu lebih ohsem. Lagipun, cantik itu kan subjektif. Lain orang lain tafsiran cantik baginya. 

Sebenarnya ada petua petua yang boleh kita cuba untuk hilangkan parut ni semua. Janji kita amalkan petua ni semua secara konsisten. Lagipun, tak semestinya kita kena guna produk yang mahal-mahal sebab bagi cikla, kadang-kadang ikut keserasian kita jugak guna produk tu. Orang lain berkesan guna, tapi tak pulak bagi kita. Betul tak? Jom kita semak apakah petua itu.

Alamak, muka ada parut...
Alamak, muka ada parut... Kredit Google.

Kulit kayu manis; petua ni cikla memang pernah dengar, guna kulit kayu manis untuk hilangkan parut. Caranya mudah je, ambil kulit kayu manis dan asah pada lesung batu/batu sungai. Lepas tu, campur kulit kayu manis yang dah diasah itu dengan sedikit air dan bedak sejuk. Kacau rata campuran dan sapukan ia ke muka setiap malam. Buat selalu, inshaaAllah bukan sahaja parut hilang, malah jeragat jugak. Rasanya di pasaran pun ada dijual produk pencuci muka berasaskan kulit kayu manis.

Biji asam jawa; bekas parut cacar *terutamanya memang menjejaskan penampilan. Jangsn risau, cuba petua ni. Ambil biji asam jawa dan asah pada lesung batu/batu sungai dan sapukan terus ke muka yang bermasalah. Buat setiap pagi, in shaa Allah kulit akan jadi lebih cerah sekata dan parut semakin pudar.

Lendir lidah buaya; lidah buaya sememangnya kita dah tau khasiatnya kan terutama untuk kecantikan dan kesihatan. Mudah je caranya, cuma sapukan muka atau mana-mana bahagian badan yang berparut dengan lendir lidah buaya ni, kemudian biarkan ia kering. Lepas tu bilas dengan air bersih. Lakukan dengan kerap dan in shaa Allah kulit akan jadi lebih lembut, lembap dan cerah. Lagipun, lendir lidah buaya dikatakan dapat mengecutkan jerawat jugak.  So, let's try!!

Madu; opsss bukan 'madu' tu ye. Ia adalah madu lebah. Madu juga dikatakan berkesan dalam menghilangkan parut. Just guna madu sebagai masker. Sapukan aje madu ke muka atau badan yang bermasalah dan biar kering, kemudian bila dengan air bersih. Ia akan menjadikan parut semakin pudar dan kulit lebih berseri-seri. Cubalah!!

Soda penaik; kalau yang ni memang first time cikla dengar. Guna soda penaik untuk hilangkan parut, just bancuh soda penaik dengan sediikit air *biar pekat sikit kemudian sapu aje pada badan dan muka yang berparut. Lepas tu, cuci bersih muka dengan cleanser foam. Bilas bersih muka, dan jangan lupa pakai pelembap supaya kulit tak kering.

Minyak kelapa dara; caranya dengan menitiskan minyak kelapa dara pada tangan, dan gosok sekejap supaya minyak jadi suam. Kemudian, sapu pada parut dan buat setiap hari. Inshaa Allah, parut akan semakin pudar dalam masa singkat.

Kadang-kadang memang kita tak sangkakan bahan alami jugak boleh digunakan untuk tujuan kecantikan. Jangan ingat bahan ni semua ada satu kegunaan je tapi rupanya kita boleh guna ia untuk tujuan lain jugak. Apa yang penting, kita kena rajin amalkan secara kerap dan konsisten supaya hasil yang diperolehi tak mengecewakan kita. Selamat mencuba. *nyah kau si parut.  

Sumber : Ruangan info cantik.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. saya amalkan yang lidah buaya tu.. hehe
    biar lambat asal selamat muka kita kan cikla..

    ReplyDelete