Bait-bait kata Prof. Muhaya ini amat menarik untuk dijadikan pedoman dan peringatan kita semua. Ia berbunyi;
Waktu sedang "dipuncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.
Waktu sedang "berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.
Waktu sedang "tak berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada.
Waktu sedang "jatuh" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.
Waktu sedang "sakit" kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.
Waktu kita "miskin" baru kita insaf dan sedar betapa pentingnya amalan sedekah walaupun seringgit dan saling membantu saudara kita.
Masuk "usia tua" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan yang dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Sentiasa bersangka baik.- Image credited to facebook.com. |
Saat "di ambang ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia. Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:
- Saling menghargai,
- Saling membantu,
- Saling memberi,
- Saling mendukung.
Jadilah teman setia tanpa syarat. Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman. Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai hati nurani yang tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah. Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.
Apa yang ditabur itulah yang akan dituai.
Apa yang ditabur itulah yang akan dituai.
Allah SWT tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar. Tapi ketahuilah bahawa Allah SWT selalu memberi pelangi di setiap badai, senyum disetiap air mata,
Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa. Jangan pernah menyerah, teruslah istiqamah beribadat kerana hidup ini terlalu indah.
Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara.

Sahabatku, indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, besarnya kuasa kita, hebatnya pengaruh kita. Tetapi, berapa ramaikah orang yang merasa bahagia kerana mengenali kita.
"What you give, you get back... " - Image credited to facebook.com. |
Allahu. Betapa mendalamnya maksud bait-bait kata di atas.
Semoga perkongsian ini dapat "menjentik" sedikit hati kita agar sentiasa sedar diri serta kita di mana. Jangan mudah lupa diri, dan sentiasa ingat kepada Allah walaupun dalam keadaan senang atau susah.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya.
Sumber : Group WhatsApp.
alhamdulillah..nice sharing
ReplyDelete