Pagi ni suasana rasa dingin sikit. Matahari pun macam malu malu nak tunjukkan dirinya. Alhamdullillah. Suasana redup ni sungguh menyamankan setelah lama hujan tak turun membasahi bumi.
Cikla nak kongsi sikit pasal 'mulut'. Orang tua selalu cakap, 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana.'
Sebenarnya, takde maknanya mulut baik mulut jahat. Sebab, apa yang terluah di mulut, itulah yang datang dari hatinya.
Apa yang diucapkan baik, begitu jugaklah hatinya. Ada orang cakap, 'alah, dia tu mulut je macam tu tapi hati baik'. Rasa-rasa boleh guna ke perumpamaan ni?
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud;
"Tidak akan lurus iman seseorang sehingga lurus hatinya. Tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya. " (Riwayat Ahmad).
Mulut jahat, mulut baik. Sumber Facebook. |
Semoga kita lebih istiqamah dalam melakukan perubahan. Jangan cakap nak berubah je tapi takde usaha.
Niat tu pun macam dah ke laut je. Huhu.
Pernah baca jugak pasal benda ni dulu. Padahal apa yang keluar dari mulut menggambarkan apa yg ada dlm hati kita. Entahlah.
ReplyDeleteSetuju tu...
ReplyDelete