Ahad lepas, sebelum cikla sekeluarga pergi bertandang ke kenduri kawin adik sepupu cikla *Felda Bukit Sagu 1, Kuantan, Pahang kami singgah kejap di pantai Teluk Cempedak.
Pertama kali menjejakkan kaki kat sini memang rasa teruja jugaklah. Tapi, masa kitaorang sampai, belum banyak lagi kedai yang buka, dan para penjaja baru nak buka kedai dan susun susun barang jualan mereka.
Jalan-jalan ke Teluk Cempedak, Pahang. |
Tak apalah, dah alang alang sampai kaki just jalan jalan sekitar pantai. Pantainya memang cantik, air biru, dan angin memang kuatlah. Best je rasa. Layan perasaan memang ke'laut'lah jawabnya ni... Hehe...
Jalan-jalan ke Teluk Cempedak, Pahang. |
Jalan punya jalan, mata cikla terpandang pada satu jambatan panjang yang di bina di tepi pantai ni. So, kami pun amik keputusan nak walking walking kat jambatan tu aje.
Jambatan ni dibina antara bibir pantai dan cerun bukit. Ada batu batu besar lagi. Kalau buat photoshoot memang cun lah.
Pemandangan berlatarbelakangkan laut yang membiru dan ombak pun ala ala ombak rindu gitu, memang sesuailah. So kita orang snap lah beberapa keping gambar nak buat kenangan.
Jalan-jalan ke Teluk Cempedak, Pahang. . |
Jalan-jalan ke Teluk Cempedak, Pahang. |
Jom cikla nak share sedikit cerita pasal pantai Teluk Cempedak ni. ‹sumber SINI›
Pantai Teluk Cempedak terletak kira-kira 5 km dari Kuantan, Pahang, Malaysia. Ia merupakan tempat perkelahan yang popular dan menjadi tumpuan ramai terutamanya pada hujung minggu.
Mempunyai pasir pantai yang bewarna putih melepak dan gebu. Kerajaan Negeri Pahang telah membina pelbagai kemudahan di Teluk Cempedak. Antara kemudahan yang disediakan ialah :
- Menara tinjau
- Restoran dan gerai-gerai
- Titi / Jambatan menyusun pinggir bukit
- Surau
- Bilik mandi / tandas
- Tembok pinggir pantai
- Pentas
- Hotel
- Tempat letak kereta yang luas.
Kalau korang nak lebih info pasal pantai ni, klik SINI untuk info lanjut. Korang belum pernah ke sini or tetiba tersampai ke sini, singgah lah ye. Nak nak pulak pada yang suka pada laut dan pantai.
akak tak pernah sampai sini... cantiknya tempatnya...
ReplyDeleteCntiknya view laut tu..tenang jak rasa
ReplyDeletehai CikLa, saya org kuantan hehe..mmg best jalan2 kat TC ni..kalau malam lagi best taw..ada ramai jual siap ada band buat persembahan lagi hehe
ReplyDelete