Cikla percaya semua ibu-ibu memang teringin sangat nak menyusukan bayi mereka sampai usia bayi 2 tahun, terutama penyusuan eksklusif 6 bulan seperti yang disarankan.
Macam cikla, walaupun ketiga-tiga anak cikla berjaya memberi penyusuan eksklusif selama 6 bulan, tapi anak pertama je menyusu sampai usia 2 tahun. Yang dua adiknya sampai usia setahun lebih je *sebab pregnant lagi.
Sebenarnya, menyusukan baby secara eksklusif selama 6 bulan bukan hal yang senang tau. Macam macam cabaran, nak-nak pulak bagi ibu yang berkerja dan 'semangat' ibu itu sendiri nak menyusukan anaknya.
Antara cabaran yang mungkin dihadapi oleh si ibu, adalah;
- Sikap mudah menyerah dan 'tawar hati' si ibu sebab kadang kadang si ibu asyik fikir mereka tak dapat nak 'supply' susu yang cukup untuk baby mereka *lebih-lebih lagi ibu muda dan yang pertama kali menyusukan baby.
- Ada juga ibu yang takut nak mulakan penyusuan sebab menyangka bila baby menghisap ia akan 'menyakitkan' dan rasa tak selesa.
- Ada pulak ibu yang terlampau sibuk dengan urusan kerja, lepas tu balik rumah je dah penat. So, bagi mereka pemberian susu formula lebih senang.
- Pasangan terutama suami dan keluarga kurang bagi sokongan, ditambah pulak kurang ilmu mengenai cara praktikal dan kaedah penyusuan yang betul.
- Ibu rasa macam tak berbaloi menghabiskan masa dan tenaga mengepam susu *nak nak pulak kalau susu yang diperah tu sikit, dan akhirnya mereka decide nak berhenti bagi susu kat baby mereka.
- Rasa tak selesa bila menyusukan baby mereka di tempat awam, padahal ada je cara kan kalau nak bagi baby susu. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Betul tak?
Sebenarnya, banyak manfaat tau kalau si ibu nak menyusukan baby mereka secara eksklusif selama 6 bulan terutamanya, *baik untuk ibu dan anak jugak. Cikla rasa ibu ibu patut tau, dan ni yang cikla nak share kan.
Manfaat untuk ibu;
Membantu membakar kalori berlebihan, mempercepatkan penurunan berat badan, bantu kembalikan rahim kepada saiz sebelum mengandung, kurangkan pendarahan rahim selepas bersalin, kurangkan risiko diabetes pada masa akan datang serta perbaiki kawalan gula dalam darah dan profil kolestrol, kurangkan risiko sakit jantung, kanser payudara dan osteoporosis.Manfaat kepada baby;
Membantu mengurangkan risiko baby dapat asma/alahan, menguatkan 'rintangan' baby terhadap penyakit dan jangkitan pada awal kehidupannya, kurangkan kaviti gigi bila gigi dah tumbuh makin banyak, mengurangkan risiko menjadi obes bila besar kelak dan menjadikan IQ baby lebih tinggi.
Ada beberapa tips yang mungkin si ibu boleh praktikkan untuk mencapai penyusuan eksklusif selama 6 bulan, iaitu;
- Siapkan dan lengkapi diri dengan seberapa banyak info mengenai teknik penyusuan baby dan kalau perlu ikuti kelas penyusuan dan sertai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu sebab kita boleh dapat banyak info melaluinya, di samping ibu perlu bersedia dari segi mental jugak.
- Sentiasa berusaha memperbaiki cara posisi semasa proses penyusuan berlangsung. Memanglah baru baru macam rasa kekok *lebih lebih lagi first time mummy tapi orang putih cakap "praktis make perfect" kan. Jangan mudah putus asa dan berusahalah.
- Sejurus saja melahirkan baby, mulakanlah penyusuan. Lagipun, ini akan membina 'bekalan' susu kita untuk penuhi kehendak baby nanti lebih lebih lagi bila dia lapar dan mahu menyusu berulang kali.
- Pelajari cara memerah susu dan cara penyimpanannya supaya susu perah tak rosak. Banyak je kan kat internet perkongsian mengenai cara memerah dan penyimpanan susu ni. Gogel aje. Senang.
- Untuk ibu yang bekerja, bincang dengan majikan mengenai cara untuk memudahkan kita memerah susu di tempat kerja dan pada waktu yang sama kerja kerja kita tak terabai malah fleksibel lagi.
- Ambil makanan yang seimbang dan sihat serta cukup hidrasi. Jangan pressure diri kita dan banyakkan rehat.
- Jangan 'sorok' kalau ada masalah, sebaiknya duduk berbincang dengan pasangan atau ahli keluarga. Dalam situasi begini, memang kita perlukan sokongan mereka, sekurang kurangnya ini dapat meringankan sikit 'beban' yang ditanggung.
- Abaikan orang orang yang memandang enteng atau memperkecilkan usaha kita ni. Fikirkan baby kita dan apa yang kita target untuk mereka. Kalau nak keluar ke mana mana, sediakan apa yang perlu untuk memudahkan kita menyusukan anak nanti walaupun di tempat awam.
Bagi cikla, apa yang penting semangat dan tekad kita bagi melengkapakan penyusuan eksklusif ni. Jangan cepat menyerah walaupun kita 'digoda' dengan godaan memberi baby kita susu formula. Chaiyok chaiyok. You can do it!
Selamat menyusukan anak ye ibu ibu semua.
Sumber : Artikel dari Program Pengasuhan Positif, Persatuan Pediatrik Malaysia. *melalui ruangan HATI, Harian Metro.
No comments:
Post a Comment