Kulit bermasalah? Apa sebabnya ye?

Sesetengah orang memang ada menghadapi masalah kulit, terutamanya kulit wajah. Sampai naik pening dibuatnya bila fikir pasal ni, nak nak pulak dah macam macam cara digunakan untuk mengubatinya. Aduhhh. 

Cakap je petua apa yang tak pernah cuba, semua macam tak serasi je. Cakap je produk apa yang tak pernah try, tapi hasilnya tetap tak memuaskan hati nurani. 

Sebenarnya, kalau korang nak tau, antara penyebab masalah kulit muka ni adalah stress. Namun, ada jugak beberapa hal yang menjadi penyebab masalah ini timbul. Jom baca ni.

Kalau kulit wajah kita jenis jerawat ni senang je nak 'menimbulkan' dirinya, ini disebabkan oleh kulit kita jenis berminyak dan pengeluaran minyak yang berlebihan ni akan menyebabkan liang roma tersumbat dan hasilnya kulit akan diserang bakteria.

Lagi satu, kalau kita asyik stress je, hormon stress jugak boleh menjadi punca tumbuhnya jerawat n. 

So, apa yang terbaik korang pilih produk pembersihan wajah yang mengandungi bahan seperti benzoil peroksida sebab ia boleh membantu membunuh bakteria sebelum kita mengoles pelembap yang sesuai ke wajah.

Kalau kulit kita jenis kering pulak, untuk pengetahuan korang, kalau fikiran kita tertekan boleh sebabkan perjalanan darah menjadi tak lancar, terutamanya ke wajah kita. 

Kulit akan jadi nampak kering, pucat dan memerahan. Sebaiknya kita gunakan produk hypoallergenic dan mempunyai kadar pH yang rendah.

Kalau jenis kulit sensitif pulak, ia jenis yang tak boleh nak terdedah sangat pada pencemaran, atau penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia, mulalah muka tu allergic. 

Lagipun, kalau sistem imun badan kita menurun akan menyebabkan lapisan kulit epidermis akan menjadi kurang kelembapannya. Pilihlah produk yang mengandungi 'aloe vera' atau 'camomile' sebab ja lebih sesuai untuk kulit sensitif.

Kalau muka kita muka menampakkan kedutan halus, ini disebabkan hormon kortisol mengurangkan kolagen dan mengikat protein yang diperlukan oleh kulit. 

Selain tu, ia jugak boleh sebabkan meningkatkannya paras gula dalam darah sampai merosakkan kulit kolagen di elastin. So, ini akan menyebabkan kedutan timbul di permukaan kulit.

Apa yang terbaik, guna krim wajah yang mengandungi retinol dan antioksidan untuk mengaktifkan pengeluaran kolagen. Tapi, kalau dah serius, elok dapatkan rawatan pakar, sebelum terlambat. 

Bagi cikla, kadang-kadang kita tak dapat nak elak penyebab penyebab kat atas tu kan. Tapi, apa yang penting, kalau dah timbul masalah cepat-cepat cari jalan untuk mengatasinya.

Lagipun, ia penting supaya penampilan diri kita sentiasa terjaga dan pastinya kita mesti nak nampak lebih yakin di hadapan orang tanpa sekarang masalah terutamanya masalah kulit kan.

Sumber : Harian Metro.

1 comment:

  1. Banyak info betul blog cikla. Banyak jugak dah siqah save. Senang dirujuk nanti :)

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (37) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (454) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews