Jangan suka salahkan orang lain.

Ada orang suka mencari salah orang lain, lebih-lebih lagi kalau nak tutup salah sendiri. Dah lah tak nak mengaku salah satu hal, lepas tu sibuk pulak cari salah orang. 

Hishhh, manusia sebegini sepatutnya dijauhi. Tak boleh dibuat kawan pun. Bahaya! Mereka sanggup mereka-reka cerita malah mencari aib saudara sendiri demi untuk 'melepaskan' dirinya. 

Mana ada Islam ajar umatnya macam tu, nak-nak pulak suka ambil kesempatan atas kelemahan orang lain, selalu curiga dan bercakap bohong.

So, jom baca apa yang cikla nak kongsikan ni, iaitu apa yang Islam anjurkan bila berhadapan dengan sesuatu perkara, lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan masalah iaitu;

Sentiasa bersikap tenang dan berwibawa;

Inilah kuncinya. Tenang tenang tenang. Bersikap tenang mengelakkan kita dari kehilangan punca dan seterusnya mulalah nak mengata orang. Orang cakap, sebab mulutlah boleh menjadi punca pertelingkahan, hal kecik pun boleh jadi besar.

Menguasai diri sendiri;

Bila menghadapi sesuatu perkara atau masalah, jangan cepat naik angin dan melenting tak tentu pasal. Lepas tu, mulalah nak lepaskan kemarahan tu kat orang lain. Apa yang perlu dilakukan adalah, kawal diri tu dan cuba bersabar. Lagipun orang cakap sabar kan separuh daripada iman. So, praktikkanlah.

Tak salah kalau kita 'berfikir' dulu sebelum melakukan apa-apa. Nanti tak pasal-pasal sendiri jugak yang menyesal. Dah tak guna dah.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0tYM5YUyuhBXm9Ga2CRfcf1ZvEBZYGFR3kv5d3ecZYkaHFQCJzdBgSjZvBwWfoJRwl&id=100083066843759
Satu jari menunding ke arah orang lain, tapi jangan lupa empat jari lagi menunding
ke arah kita. - Image credited to google.

Jauhi sikap angkuh;

Sifat sebegini merupakan sifat yang tak baik. Sebaliknya, ajar diri bersikap menghormati orang lain tak kira bangsa dan agama, nak nak pulak dalam masyarakat majmuk yang mempunyai agama yang berlainan.

Elak bersikap sombong, rasa diri lebih hebat dan mulia sebab itu semua sikap iblis laknatullah.

Rasional dalam membuat 'bantahan';

Memang tak dinafikan kadang kadang kita tak sependapat dengan orang lain. Kalau perlu, bantahlah secara baik. Janganlah timbul pertelingkahan sampai berlaku hal hal yang tak diiingini dan bermusuhan.

Dalam negara demokrasi memang kita diberi hak untuk bersuara dan memilih, tapi biarlah kena cara dan gayanya. Bila rakyatnya saling bertelagah, negara pun akan jadi lemah dan kicar kacir.

Selalu memaafkan orang lain;

Memberi kemaafan kepada orang akan menjadikan diri kita lebih tenang dan jauh dari dendam. Sebagai manusia biasa, kita memang tak lepas dari buat silap. Memanglah ada orang cakap, walaupun sudah memaafkan, tapi amat mustahil untuk melupakan.

Anggap itu sebagai pengajaran untuk masa depan supaya kita lebih berhati hati. Lagipun, sikap memaafkan itu sikap yang terpuji.

Bagi cikla, tabiat suka menyalahkan orang lain itu memang patut dijauhi. Ia bukan saja sikap yang buruk, malah orang pun akan menjauhi diri kita, dek kerana sikap kita yang buruk tu..

Semoga Allah merahmati kita semua dan sentiasa diberi peluang untuk berubah jadi lebih baik. InshaAllah. 

Sumber : Ruangan Cermin Diri, Addin, Harian Metro.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews