'Santai Tapi Sampai'

23 April 2016

Tenangkan jiwamu.

Sebagai manusia, kita tak kan lepas dari menghadapi tekanan ketika melakukan rutin harian kita. Tekanan di rumah, persekitaran malah tekanan di tempat kerja kadang kala membebankan jiwa dan menjadikan kita rasa tak tenang. 

Kalau tekanan yang dihadapi terlalu teruk, ia sudah tentu akan mempengaruhi tahap kesihatan kita lebih-lebih lagi kesihatan mental dan emosi. Ada beberapa tips yang mungkin kita boleh guna pakai untuk menjadikan jiwa dan diri kita lebih tenang nak nak pulak pada mereka yang selalu menghadapi tekanan. Jom baca sama-sama;

Teknik paling asas iaitu penafasan dalam. Caranya adalah dengan menarik nafas dan menghembusnya secara dalam. Teknik menarik nafas (guna pernafasan dalam); duduk dan letak kedua tangan dengan erat dan selesa di atas perut. 

Pastikan otot perut dalam keadaan rehat, kemudian tarik nafas perlahan-lahan dan dalam dalam melalui hidung dan pastikan perut mengembang seberapa yang boleh. Tahan nafas untuk beberapa saat sebelum menghembusnya.

Manakala, teknik menghembus nafas pulak; hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut dengan kedua-dua tangan masih di perut. Masa hembus nafas, pastikan diafram *otot besar bawah peparu dalam keadaan relaks dan kita rasa dada kita macam 'kosong'. Just bayangkan angin yang keluar dari badan tu bawak sekali stress yang kita alami. Kemudian, ulang balik pusingan pernafasan paling tak pun 3 atau 4 kali untuk satu sesi.

Tenangkan jiwamu.
Tenangkan jiwamu. Kredit Google.

Bentuk gambaran dalam fikiran atau minda kita. Tak kiralah gambaran apa aje, sebab ia boleh mengalihkan perhatian dan minda kita kepada hal lain selain dari hal yang membuatkan kita stress.

Caranya adalah; pastikan kita berada di tempat yang aman. Pejam mata dan dengar bunyi pernafasan kita, yang lama-kelamaan pernafasan kita akan jadi lebih tenang. Bila fikiran dah rasa tenang dan aman, badan akan hilang rasa 'tegang'. Bayangkan aje satu view yang indah macam kat tepi pantai ke, air laut yang tenang dan awan yang membiru. 

Tumpukan sekejap pada apa yang kita bayangkan tu, tapi tumpuan haruslah sepenuh perhatian. Bawa diri kita bersama imaginasi kita itu dengan penuh realiti. 

Nikmatilah ia dengan tenteram dan aman. Bila dah rasa cukup tenang, dengan perlahan kembalilah semua tumpuan kita pada alam nyata. Keadaan ini akan membuatkan kita lebih tenang, bersemangat, segar dan cergas.

Apa yang penting, jangan biar sampai diri kita 'dikuasai' oleh tekanan. Bukan apa, kesan dari itu dikhuatiri akan menjadikan kita mengalami gangguan perasaan malah ada yang lebih teruk kalau mencederakan diri sendiri dan orang lain. Nauzubillah.

Sumber : Portal myHealth Kementerian Kesihatan Malaysia.

1 comment:

  1. Yang no 1 selalu buat jugak. Cara paling senang :)

    ReplyDelete